Saturday, February 5, 2011

You’re Beautiful

Drama:

http://www.mediafire.com/?l412sem5k0sr8

Subtitle (english):

Please go to SUBTITLES, right click "ZIPPED SUBTITLES – Episodes 1-16#" and save link address.

http://withs2.com/view/youre-beautiful

Sekular Itulah Jahiliyyah

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman (Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 50):

{Bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.”}

klik di sini untuk membaca artikel asal.

Wednesday, February 2, 2011

Tidur Nabi Daud A.S.

Berikut dibawah adalah potongan2 artikel dari blog yg membincangkan berkenaan waktu tidur Nabi Allah Daud A.S.:

Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Allah SWT sangat menyukai shalat Nabi Daud AS. Nabi Daud AS biasa tidur pada pertengahan pertama dari malam, kemudian ia
shalat sepertiga malam, dan tidur lagi pada seperenam malam sisanya. Allah SWT juga paling menyukai puasa Nabi Daud AS. Nabi Daud AS biasa berpuasa setiap dua hari
sekali, puasa yang paling berat. (Bukhari dan Muslim)

(dari www.imtiazahmad.com/reminders/in_nabi_daud_as.htm)

Dalam mengerjakan ibadah dan amalan-amalan sunat ketika malam,
Nabi Daud (a.s) mengikuti jadual berikut, iaitu dia tidur 6 jam, kemudian
bangun dan mengerjakan amalan-amalan sunat, terutama solat-solat
sunat, 4 jam kemudian dia tidur semula 2 jam.

(dari yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/01/menambah-pelaburan-akhirat-amalan-nabi.html)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia
berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)

(dari nurjeehan.wordpress.com/2007/03/28/kelebihan-bangun-solat-malam/)