“TIADA BAYARAN”
Seorang budak lelaki menuju ke arah ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur. Budak lelaki itu menyerahkan sehelai kertas yang telah ditulis olehnya. Selepas sahaja ibunya mengelap tangannya dengan apron, dia pun membaca isi kandungan kertas yang telah diberikan oleh anak lelakinya itu tadi.
Untuk memotong rumput RM5.00
Untuk membersihkan bilik sendiri RM1.00
Pergi ke kedai atas arahan ibu RM0.50
Menjaga adik semasa ibu pergi membeli-belah RM2.00
Membuang sampah RM1.00
Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan RM5.00
Mencuci dan membersihkan halaman rumah RM2.00
Jumlah hutang RM16.50
Selesai sahaja membaca isi kandungan kertas tersebut, ibunya memandang anaknya yang berdiri tidak jauh darinya. Ingatan ibunya tentang masa lalu terus terlintas di fikirannya. Ibunya mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas tersebut. Inilah isi kandungannya.
Selama 9 bulan ibu membawa dan menggendong kamu ke mana sahaja, semasa kamu membesar dalam kandungan ibu, TIADA BAYARAN
Semasa ibu bertarung dengan maut dan keperitan semasa melahirkanmu, TIADA BAYARAN
Untuk setiap titis susu ibu yang kamu minum dan setiap suap yang kamu makan,TIADA BAYARAN
Selama ibu menemani, merawat dan mendoakanmu, TIADA BAYARAN
Untuk barang mainan, makanan, pakaian, hinggakan mengelap hidungmu,TIADA BAYARAN
Pada setiap saat ketika dugaan tiba, dan semua airmata yang mengalir disebabakan olehmu sepanjang masa, TIADA BAYARAN
Dan apabila kamu mencampurkan kesemuanya, kos untuk KASIH SAYANG dan KASIH SEJATI IBU, TIADA BAYARAN
Selesai sahaja anaknya membaca apa yang ditulis oleh ibunya itu, airmatanya mengalir deras. Dia menatap ibunya dan berkata, “Ibu, saya sangat mengasihimu. Terima kasih, ibu….”. Anak lelaki itu mengambil pen dan menulis sesuatu di bawah tulisannnya tadi dengan tulisan yang jelas : “SEMUANYA TELAH DIBAYAR DENGAN PENUH”.
No comments:
Post a Comment