Thursday, August 12, 2010

"Rindukan azan maghrib"

Seorang yang berpuasa sedang berehat di waktu tengahari dengan mengikuti siaran radio yang dikendalikan oleh seorang deejay. Tema program ialah "apa yang ingin didengar oleh pendengar". Ketika panggilannya disambut oleh deejay bertugas, dia ditanya apa yang ingin didengarnya. "Azan maghrib,"jawabnya ringkas.

Huhuhu sebagai renungan, bersabarlah dalam menjalankan ibadat puasa......

Salam mubarak

Marhaban ya ramadhan...

Selamat berpuasa dan jadikan ramadhan sebagai pemula langkah untuk terus menjadi muslimin muslimat yang terbaik.... ...

Tuesday, August 10, 2010

Tiada Bayaran

“TIADA BAYARAN”

Seorang budak lelaki menuju ke arah ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanan di dapur. Budak lelaki itu menyerahkan sehelai kertas yang telah ditulis olehnya. Selepas sahaja ibunya mengelap tangannya dengan apron, dia pun membaca isi kandungan kertas yang telah diberikan oleh anak lelakinya itu tadi.

Untuk memotong rumput                                                           RM5.00

Untuk membersihkan bilik sendiri                                              RM1.00

Pergi ke kedai atas arahan ibu                                                   RM0.50

Menjaga  adik semasa ibu pergi membeli-belah                         RM2.00

Membuang sampah                                                                  RM1.00

Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan                   RM5.00

Mencuci dan membersihkan halaman rumah                              RM2.00

Jumlah hutang                                                                           RM16.50

Selesai sahaja membaca isi kandungan kertas tersebut, ibunya memandang anaknya yang berdiri tidak jauh darinya. Ingatan ibunya tentang masa lalu terus  terlintas di fikirannya. Ibunya mengambil pen dan menulis  sesuatu di belakang kertas tersebut. Inilah isi kandungannya.

*      Selama 9 bulan ibu membawa dan menggendong kamu ke mana sahaja, semasa kamu membesar dalam kandungan ibu, TIADA  BAYARAN

*      Semasa ibu bertarung dengan maut dan keperitan semasa melahirkanmu, TIADA BAYARAN

*      Untuk setiap titis susu ibu yang kamu minum dan setiap suap yang kamu makan,TIADA BAYARAN

*      Selama ibu menemani, merawat dan mendoakanmu, TIADA BAYARAN

*      Untuk barang mainan, makanan, pakaian, hinggakan mengelap hidungmu,TIADA BAYARAN

*      Pada setiap saat ketika dugaan tiba, dan semua airmata yang mengalir disebabakan olehmu sepanjang masa, TIADA BAYARAN

*      Dan apabila kamu mencampurkan kesemuanya, kos untuk KASIH SAYANG dan KASIH SEJATI IBU, TIADA BAYARAN

Selesai sahaja anaknya membaca apa yang ditulis oleh ibunya itu, airmatanya mengalir  deras. Dia menatap ibunya dan berkata, “Ibu, saya sangat mengasihimu. Terima kasih, ibu….”. Anak lelaki itu mengambil pen dan menulis sesuatu di bawah tulisannnya tadi dengan tulisan yang jelas : “SEMUANYA TELAH DIBAYAR DENGAN PENUH”.

salammmm

Rinnnnnnnnnnnnnnnnduuuu sangat nak bloggggg

Sunday, July 25, 2010

Kitten Care: Raising Tiny Newborns

It Ain't Easy

Raising newborn kittens may be the most challenging, time-consuming task you've ever attempted, and can be both intensely rewarding and heartbreaking. If you do not have the time or the emotional stamina to deal with the potential of losing kittens you've invested your heart in, you might want to leave the job to people who are trained and experienced. Little lives are at stake here.

So someone has dumped a box of newborns in the court of your apartment building, with or without the mother cat. Where do you go from here?

If the mother cat is with the kittens and seems to be in good health, you're lightyears ahead. She will do a lot of the work for you, and your task will be to make sure she's healthy by taking her to the veterinarian right away; next, that she's nursing all the kittens and attending to their cleaning.
If the mother cat abandons her kittens or was never there, this article will give you some tools to help turn the odds in favor of the kittens.

How Old Are They, Anyway?

Kittens mature so rapidly the first three or four months, that your job as surrogate mother will be determined by the kittens' age at any given time. This key, by Jeri Dopp, gives a quick way of estimating age.

Thursday, June 10, 2010

Suatu Kenangan

Sekalung Alfatihah untuk Arwah nenek yang baru sahaja meninggal dunia pada hari isnin lepas..bersamaan 7hb Jun 2010.


MENGHITUNG HARI

Semakin jauh kita pergi

semakin itu

kita terasa kehilangan

pohon cinta

sebuah kehidupan

penuh makna

subuh

sesudah senja

 

Kembali ke asal

dan renunglah ke dalam batin

dengan nur insaf

pasti kau temui

dirimu di cermin

yang lemah

yang kerdil

 

Kita diajar bersyukur

dan selalu diperingatkan

agar tak lupa

menghitung hari

dan menyediakan bekal

secukupnya

dengan amal dan iman yang dalam

menghadapi mati.

 

(Antologi Sajak Cahaya)

Sanusi Ondu


Tidak lupa juga..alfatihah untuk arwah abang sulung,arwah Sanusi...

Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman...

Monday, June 7, 2010

Article from my email: Benar ke orang Yahudi lebih pintar dari orang Muslim?

Jom baca..Wallahualam...my friend sent me this emel..

Sejak dahulu lagi saya pernah terfikir, kenapa pakar-pakar keilmuan ramai daripadanya orang yahudi. Sememangnya Allah telah memberi kelebihan ilmu kepada kaum yahudi, sejak dari Bani Israel lagi walaupun kebanyakan mereka sombong dengan-Nya (kemudian munculnya agama Yahudi dari nama Yahuda).

Jika dikaji sejarah penemuan baru dalam dunia IT, memang kebanyakannya adalah dari penciptaan bangsa yahudi. Saya sebenarnya tidak dapat membezakan manakah satu nama yahudi sebenarnya, tetapi saya mendapat tahu perkara tersebut dari pensyarah/rakan sahaja. Sebagai contoh, pencipta formula encryption RSA ialah Shamir Adleman (nama yahudi). Pening juga hendak mempelajari kaedah encryption tu...

Apa yang saya cuba kaitkan disini ialah akhirnya saya menemui satu artikel yang ada kebenarannya kenapa yahudi memonopoli bidang keilmuan sejak dahulu lagi..

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


Semoga dari hasil kajian itu, kita dapat mengambil iktibar supaya sama-sama menitikberatkan keilmuan terhadap diri dan generasi kita disamping ilmu mendekatkan diri kepada Pencipta.

Bagi saudara Islam di bumi Palestin yang semakin hari menerima berbagai dugaan dan penderitaan akibat keangkuhan Yahudi, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan saudara Islam kita di sana.. semoga usaha jahat yahudi akan menemui kehancuran. Setinggi mana pun ilmu, ianya masih dari ilmu Allah. Jika tidak dibawa kepada mendekatkan diri kepada Pencipta, ilmu itu masih tiada nilai disisiNya.
Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan hambaNya yang sabar dan membawa AlQuran... Sesungguhnya Allah Maha Melihat kekejaman yang dilakukan...