Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Terindah..........

Salam..
Masuk minggu ini dah masuk minggu kedua minggu persekolahan..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..minggu ni gak dah 2 kali balik umah cuti hujung minggu..huhu macam biasalah esok pagi ahad kena siap-siap dah nak lemas barang balik Gana...balik sekolah..
emm..penat gak balik umah ni,naik balik ke sekolah..mm pengalaman pertama saya awal tahun ini..berjalan kaki...mujur gak malam tak terasa sangat jauhnya..tapi cuba siang aduh..hati kena kuat jiwa kena ada semangat..
2hb januari tu sampai dekat dah maghrib kat satu tempat nama Kokobuan..semua keta parking kat sana je jalan teruk..tak boleh nak lalu...lumpur masyaAllah tebalnya..tahan lagi buka kasut jalan kaki ayam kat jalan macam tu tapi bila dah masuk kawasan kampung...emmmmmmmmmmmmm...tahan hati je rasa geli..
Masa tu jalan ramai-ramai dengan guru-guru lain,semua guru naik awal masa tu..ye lah jalan pun tak elok..jemaah nazir pun nak naik minggu tu..dengan barang sekolah dan buku-buku sekolah..mulanya beg ringan je tapi bila dah berjalan entah berapa kilometer bahu dah rasa sakit dah...sampai kat rumah Gana kul 830 malam..laparnya tak terkira..pas makan malam terus landinggg ler..tapi tak lupa hp sony letak atas meja cari coverage..hhuhuhu nanti rasa rindu kat buah hati(kan abg..)..susahnya nak dapat line...kawasan hutan kan..dapat sms sekali 2 pun dah cukup..
Besok paginye..rasa tak nak bangun je subuh tu..badan macam biasalah..sakittttttttt sakittttttt.tapi pengalaman yang mengujakan sebenarnya..uji ketahanan diri dan mental.tak tahu lah sampai bulan berapa kena berjalan kaki ni...musim hujan sekarang ni..
Semoga Allah sentiasa menguatkan hati ini untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman..memberikan kudrat dan kekuatan,serta memberikan kesabaran...insyaallah anak murid akan mendapat manafaat dari ilmu yang diberikan..semuanya dengan izin Allah..

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

What a nice date today:D....11.1.11:D.....date laa, not dating,grrrr.......Anyhow, happy birthday Siti Nurhaliza.......hehehe

Thursday, December 30, 2010

Kisah Piala Suzuki Dan cuti Umum

Salam...
Tahniah Team Malaysia menang jua akhirnya setelah 14 tahun menanti...
Mmmm...dapat cuti lah plak...Malaysia memang banyak cuti huuhhuhu
Anyway..baaaaaaaaaanzzzzzzaai Fahmi!!!!!!!!sorak tuk dia..patutnya dia best player....takper lah.

Tuesday, December 28, 2010

Cuti sekolah dah nak habis...

Bagi seorang guru cuti adalah yang best tapi jangan tak tau masa cuti pun kena panggil kursus..nak kena prepare RPT budak-budak lagi...
Agaknya cuti guru yang paling panjang masa cuti hujung tahun,tapi masa tu pun kena siap sedia takut-takut kena panggil kursus..wuarghhhhhh..
Sebenarnya cuti guru ada 7 hari je dalam setahun..bunyi macam kerja swasta je kan?...tapi sebenarnya guru-guru ni banyak menumpang cuti sekolah budak-budak..heheheehe
Aarghh...tak sampai pun seminggu lagi dah buka sekolah,bermula lah tahun yang panjang busy dengan aktiviti sekolah dan sebagainya..dan mula lah jugak penyeksaan sebabnya line telepon takde kat sekolah pedalaman saya tu..tak dapat ler nak sms or nak call abg yang sentiasa dalam hati nie..seminggu tak turun seminggu gak ler tak dgr khabar dari semenanjung..internet ada tapi bukan saya seorang je yang guna line internet tu...wuahhhhh
Dah beli hp baru sony harap-harap dapat ler tarik line biarpun satu bar je ke...cukup untuk send sms is enough for me..
Pagi tadi pi pekan so cubalah pegi parking Gana tu saja nak tanya jalan macamana..paham-paham je sekolah pedalaman jalan lumpur bertingkat macam menara berkembar…..musim hujan sekarang, lagilah teruk…emmmmm nampaknye kena jalan kaki..jalan kaki memang nak dekat 2 minggu ler menahan sakit kaki dan penat..
Tapi tak pe lah…saya bukannya nak mengeluh,happy mengajar kat sana.kita akan tahu bagaimana kesusahan mengajar kita..dan belajar mensyukuri nikmat yang Allah berikan. dan juga tahu bagaimana peritnya mencari sesuap nasi..dan paling penting akan berasa puas menatap wajah-wajah anak murid yang dahagakan ilmu,mereka yang masih memerlukan bimbingan….

Monday, December 27, 2010

Syukran

Abg, terima kasih datang ke rumah..
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita...

Wednesday, December 8, 2010

Pesanan Umar Al-Khattab

Sumber: Majalah Solusi


Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari Majalah Solusi isu 25 yang baru…rencana mengenai Mujahadah Melawan Nafsu..memang menarik isunya..Cuma saya hanya dapat kongsikan sedikit sahaja. Mari kita baca dan fahami pesanan Khalifah Islam yang ke-2 iaitu Saiyyidina Umar Al-Khattab.

Berikut adalah pesanan Umar Al-Khattab kepada ketua tentera Muslimin, Sa’ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota parsi:

Sesunggunya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-sama supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan kerana sesunggguhnya taqwa kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan.

Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Ketahuilah!
Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili kerajaan Allah s.w.t untuk menjagamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan.”

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang akhirmya mereka telah dikuasai oleh orang Kafir Majusi (Penyembah api).

Mohonlah daripada Allah Taala kemenangan ke atas nafsu-nafsumu, seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu.

Hari ini pesanan Sayyidina Umar itu dianggap sepi. Kita cuba menentang musuh Islam padahal sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka. Mereka mengikut nafsu, kita juga apa kurangnya. Belum terdengar lagi mana-mana pemimpin Islam yang begitu serius mengajak umatnya melawan hawa nafsu.

Tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam penjelajahan bentuk baru (Neokolonialisme) baik dari sudut budaya, politik, ekonomi nahupun geografi. Kita kalah dengan musuh zahir (Yahudi dan Nasrani) kerana kita terlebih dahulu dikalahkan oleh musuh batin iaitu hawa nafsu. Tegasnya, jihad melawan orang kafir tidak mungkin menjadi reality kecuali setelah jihad melawan hawa nafsu dilakukan terlebih dahulu.

Monday, November 8, 2010

Pegi Sabah jumpa Family Ayang

Sayang, abg dah beli tiket tadi, online, kat website air-asia.....15 Dec 2010 dari kl, pukul 1110pagi.....balik kl dari kk 19 Dec 2010, pukul 1050pg.......

Jangan buli abg kat kota marudu nnt tau,huhu....

Jangan risau, abg tau camner nak tanam padi kat sawah, jadi no problem kalo ayah "perintah" gi sawah....wahaha....

Nnt kita tgk Harry Potter sama2 ek....

I love you....

Thursday, October 28, 2010

Salam Dari Sk Gana

Salam...

Heehee dapat juga sy online dari Sk Gana....kalo takde orang guna boleh lah orang lain guna..boring gak...budak-budak ni baru je habis exam hari ni...sok pas rehat bersiap ke Taman Negara Serinsim tuk perkhemahan Unit Beruniform..

Dah separuh siap packing barang...huhuhu macam pelik pulak..selalu kita la yang kena ragging perkhemahan tapi bermula esok kita yang akan mengarah dan menjaga budak-budak ni perkhemahan...

p/s: Pssst..Abg...ingat sy selalu tau...esok tengahari nanti sms abg..kat sana ada coverage tuk digi..ok...see u esok..

Sunday, October 24, 2010

“Bismillah Mail - Identity for Muslims around the world.”

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

Your email address is your online identity. We felt the need for an email service for Muslims that truly represents us and gives us a sense of pride. By identifying ourselves @Bismillah.com, we can represent ourselves as progressive Muslims and share our identity with pride.

Bismillah Mail lets us have an email address in form of “ your.name@bismillah.com”.

Bismillah Mail is not just about identity. We provide a fast and clean email experience and are constantly working to add new features and improve existing features.

We are starting with 1GB of free space and a user friendly interface. Your feedback will help us continuously improve the service.

(Message above courtesy of "www.bismillah.com")

JOM CREATE BISMILLAH EMAIL RAMAI2.... KLIK LINK KAT BAWAH NI..

www.bismillah.com

Wednesday, October 20, 2010

Luahan Koko Widget (Untuk Sidebar)

Nice widget. Saya dah try, ada kat panel sebelah kanan, bawah "Blog archieve".

Macam2 "perasaan" ada, blh tukar ikut kesesuaian keadaan.

Cara "install" senang je. Sila klik link bawah ni utk code dan cara install.

wimod.seniaku.com/2010/10/luahan-koko-widget.html

Sunday, May 16, 2010

Myfriends2u.......An Alternative to Facebook....

Assalamualaikum and Hi...






Baru2 ini, ada berita di kosmo berkenaan laman sosial alternative bagi world-renowned "facebook". So, sayapun cuba la register, with intention so see for myself "what is this alternative?" and "how will this looks like,compare to facebook?".

Saya yakin myfriends2u (mf2u) ni masih lagi baru, recently developed, and there's still a lot of improvement can be done. One of the founder (i believe), is even open one discussion topic in his profile so that others can give suggestion to improved mf2u even more.

Mf2u ni bagus untuk mereka2 yg "degil" untuk register facebook (saya la orgnya tu). Actually, there is a BIG reason behind why i dont want to register facebook. Semua ini bermula selepas saya membaca satu artikel dalam majalah "Al-Islam", yang mengatakan bahawa facebook ini founded by org Yahudi dan artikel itu juga mendakwa bahawa org Yahudi ini ada contribute keuntungan yg dia dapat dari facebook ini kepada tentera Israel. Seperti yg kita semua tahu, tentera Israel baru2 ini ada melakukan serangan ke atas Palestin, which is Muslim people, dan saya risau senjata-senjata dan peluru-peluru yang digunakan oleh mereka itu adalah hasil daripada contribution dari contributer2 seperti founder Facebook ni. So, dalam usaha untuk mengelak dari shubhah, saya pun tidak la register facebook (selain dari cuba sedaya upaya utk tidak membeli barangan2 yg ada hubungkait dgn contribution kepada tentera Israel).

But anyhow, short summary of this mf2u, boleh dikatakan 80~90% interface adalah sama dgn interface facebook. It even have profile wall, just as same as facebook. So, for those who so attached to facebook like they cannot live without it, sepatutnya takde masalah untuk mereka berhijrah ke mf2u, sebab interfacenyer sama jer. Dan jgn lupa, a lot of improvement still undergoing (based on what the founder said la,hehehe)

Akhir kata, selamat bersosial networking dalam myfriends2u ni...

Salam...

http://www.myfriends2u.com

Saturday, May 8, 2010

Lagu best=)..

Ost Adamaya – Yang Terindah – Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Abg..terima kasih=)

Thursday, May 6, 2010

Tengah tunggu tuannyer habis solat






hahaha..nie lah rocky..my pet..
baru habis solat,sampai tertido die tunggu kita habis solat..
ceritanyer macam nie..kalo tinggal berdua dengan die ni,kalo kita ke dapur die ikut..ke bilik air die datang jenguk..sampaikan nak solat pun die sanggup tunggu..sebabnyer die boring,takde kawan..kucing lain pun tak sanggup nak kawan dengan die ganas sangat..almaklumlah die ni mix tau hehehe..kucing hutan dengan kucing parsi..so ade lah baka baka die ni ganas skit..bukan skit calar balar tangan kaki ktorang(me and my housemate Nor)..
dari die masih kecil lagi ktorang tatang die nie sampai lah gemuk berat berkilo kilo..aduh..geramnyer..


AAghhhhhhhhhhhh..minggu exam dah tiba

Wah..busy sket lah akhir-akhir nie..
Malam plak asyik tertido awal jer..kadang tu solat isya pun 3.30pagi solat..tak tau lah study sket otak dah letih,hehehe dah tua agaknyer..
Minggu exam dah tiba..pejam celik pejam celik dah hampir penghujung dah pengajian..rasa macam baru semalam kenal rakan-rakan..hehehe macam-macam kerenah...dan hanya tinggal seminggu lagi nak exam dah..huahuahhua..banyak lagi nak kena cover nie..tak tahu nak mula baca yang mana satu..baca yang ini yang itu penting...huhuhu tertekan..tertekan..tertekan..hehehe.
InsyaAllah..cuba yang terbaik kan...

Friday, April 30, 2010

Aktiviti..aktiviti

Salam..dah beberapa hari tak post baru..
haha baru bangun tido tadi.. terus baca kosmo,hehe.dari minggu lepas hingga minggu ni jadual harian terisi lah..sabtu lepas ada seminar mengenai Intergriti dalam pendidikan, seminar ni bagus sangat, ada banyak info dan pemahaman mengeni integriti boleh lah up sket..hehe..
kemudian, ahad tu ajak kawan serumah pi picnic kat Air Terjun Sg Gabai kt Hulu Langat ni jer..tapi rasa seronok gak..sarapan , mandi manda,huh mandi pagi-pagi tu..takder orang lagi masa tu..kami jer dengan  ada ler sepasang couple bangssa cina..
tapi tak boleh gak lama berendam dlm air tu..sejjjjjjjjukkkkkk sangat..pucat lesi..naik tu bakar jagung ler konon..tapi..hampir sejam setengah api tak marak..iyelah mana nak hidup apinyer..dah lah tak bawa arang..ranting daun pun lembap lagi masa tu..embun ler..tapi akhirnyer berjaya juga membakarnyer..hehe..

Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Kamalanathan (BN) vs Zaid Ibrahim (PKR)

Result:

Kamalanathan (BN) = 24,997 undi
Zaid Ibrahim (PKR) = 23,272 undi

BN menang dengan majoriti 1,725 undi

Saturday, April 24, 2010

subuh hari!

salam..
mm dah dua hari tak post yang baru..rasa letih sangat beberapa hari nie..di tambah pula ada beberapa assignment yang nak kena buat and have to submitted minggu nie gak.mm internet pun slow je..jenuh nak tgu depan laptop nie..
ada ke orang online pagi pagi buta nie..ada setengah jam lagi nak masuk subuh...tido awal tapi tak berkualiti..asyik jaga je setiap jam pastu tido balik..tak best lah macam tu..tak rasa nikmat tido sebenar..tu lagi buat badan and mind letih pada waktu siang..tenaga lebih kita kena guna kan?
abg,thanks...

Friday, April 23, 2010

Jangan Pisahkan Aku dan Dia

Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjauh ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri mu

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Thursday, April 22, 2010

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

“ish,dah pukul 12 ni. Kena start tido, kalo tak terlewat nnt”

3 jam 35 minit kemudian..

“Alamaaaaaak, dah pukul 3 lebih. Dah nak habis separuh masa kedua dah. Aduh, miss lagi aku….. Alang2 dah lewat, baik aku sambung balik tido….”
“Tengok dulu kat internet la sebelum tido….livescore.com….”
“Laa,baru je habis first half? Sempat lagi ni. Score pun baru 1 -1, ada can Barcelona menang ni”

Wednesday, April 21, 2010

Bola sepak?

Perempuan minat bola?ada rasa pelik tak?...
mmm macamaner ek nak explain benda nie? selalunya pompuan yang minat bola nie bukannya tahu pun rule dan game bola sepak tu,ramai minat sebab players hensem kuut..
heheh..sy minat gak bola nie..dulu iye lah kut minat sangat tapi besar dah nie..dah kureng dah..mula minat dulu sebab abg2 and kak nor serta family influence tapi kemudian minat tu timbul sendiri plak and tahu lah ckit2 pasal bola nie,setakat tau jer ler..huhhh..kalo abg2 and sepupu ada game one big family turun padang lah gamaknye bagi support..tak ketinggalan sy juga.best sebab boleh jerit2 lepas tension..tang tang kalo kena aksi suspen mencemaskan..wahhhhhhhhhh..mendebarkan uhhh..best sangat...
tapi naik sekolah menengah jauh plak dari family dan kaum kerabat..hehee..susah dah aktifkan diri bersama..sometimes Actually i was regretted..sejak dok asrama kemudian dapat terus sambung ke U banyak perkara bersama big big family tak dpt dilakukan bersama..even my brothers wedding pun sy tak hadiri..time my eldest brother meninggal pun sy tak dpt balik untuk kali terakhir melihatnyer..sedih wuuuhh bile ingat semua..
alamak..dah tersasar plak dah citer..plak citer sedih kuar..
mm..pasal bola..until now..i'm still MU fans..tapi minat biase jer..first time tgk game melibatkan MU kat TV masa sy umur 12 tahun..alaaa yang MU menang berganda tu 1999..wahhh..best sangat lah masa tu..video masa tu tak paayah cakaplah banyak kak nor beli tapi juz kenangna je lah sekarang..tak boleh guan dah..
tapi bila ingat bola sebenarnya fikiran nie tak lari daripada memikirkan kisah cucu nabi kita Rasulullah.sebenarnya sy dah tak ingat kisah ni..kalo ada salah tolong betulkan yer..kisah mengenai kepala hussein dipenggal dan ditendang sesuka hati oleh pihak musuh..bile ingat kisah tu ingatlah berpada-pada bila cakap pasal bola yer..jangan fanatik sangat..dan jgn pasal bola nak gaduh2 plak.. okeehh..
walau apapun yang kita lakukan kembali kepada Allah dan muhasabah selalu diri kita..ok..
orait abg?:)