Monday, October 31, 2011

Ulama: Dimuliakan Atau Disucikan?

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Thursday, October 27, 2011

Tauhid Tiga

Pembagian tauhid kepada tiga bagian itu bukan bid’ah karena isinya itu semua ada dalam Al’Quran dan Hadist. Pembagian itu ditujukan untuk memudahkan orang mempelajari dan memahami tauhid dalam Islam. Ini sama saja dengan pembagian-pembagian yang ada di dalam ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu fiqh, dll. Kalau mengikuti manhaj salaf, memang tauhid itu bisa dibagi kedalam tiga bagian:

Tuesday, October 11, 2011

Hujah-hujah Berkenaan Status Ayahanda dan Bonda Rasullullah SAW di akhirat nnt (Disertakan Dalil2 Al-Quran dan Hadis)

Assalamualaikum,

Berikut di bawah adalah hujah2 dari 2 pihak berkenaan status ayahanda dan bonda Rasullullah SAW di akhirat nnt. Hujah kedua-dua belah pihak juga ada disertakan dalil2 Al-Quran dan Hadis Rasullullah SAW.

Berdasarkan hujah2 di bawah ini, dapatlah pembaca sekalian menilai pihak yg manakah yg menghampiri kebenaran. Dan semestinya Allah SWT lebih mengetahui pihak manakah yg benar di antara 2 pihak tersebut. Moga kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menemui kebenaran. Amin.

P/S: Adapun sekiranya anda setuju dengan hujah pihak pertama, itu bukanlah bererti kita tidak mencintai dan tidak menyayangi Rasullullah SAW (Nauzubillah), tetapi ianya semata-mata untuk mencari kebenaran. Islam mementingkan kebenaran dalam setiap hal.

Wallahu ta'la a'lam.

Friday, October 7, 2011

Iktikad Ahl al-Sunnah ke atas Ahl al-Bait Rasulullah.


 Yang dimaksudkan dengan Iktikad.
Perkataan iktikad (I’tiqad: إعتقاد) berasal daripada perkataan ‘Aqad (عقد) yang bererti menyimpul atau mengikat, seperti menyimpul dan mengikat seutas tali.[1]
Contoh penggunaannya di dalam al-Qur’an adalah sepertimana ayat berikut: 
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (tali) [al-Falaq 113:04]
Dari sudut istilah, iktikad bermaksud segala sesuatu yang menjadi keyakinan selain daripada amalannya seperti keyakinan akan wujudnya Allah dan keyakinan tentang pengutusan para Rasul.[2] Ia adalah kepercayaan yang tersemat atau tersimpul kuat di dalam hatinya yang tidak dicemari oleh keraguan sedikitpun sehingga sukar untuk dileraikan.[3]

Kenapakah penting untuk diketahui iktikad Ahl al-Sunnah terhadap Ahl al-Bait?
Antara asas penting yang perlu diketahui dalam perbincangan antara Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah ialah iktikad Ahl al-Sunnah ke atas Ahl al-Bait Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Paling kurang terdapat dua sebab:

1. Iktikad Ahl al-Sunnah yang sebenar terhadap Ahl al-Bait perlu difahami supaya tidak wujud salah faham, seolah-olah Ahl al-Sunnah memusuhi, membenci dan merendah-rendahkan Ahl al-Bait, khasnya ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.

2. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di kalangan Ahl al-Sunnah sendiri, sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui kenapa dan bagaimana berinteraksi dengan Ahl al-Bait Rasulullah. Apatah lagi untuk mengetahui iktikad yang diwajibkan ke atas mereka terhadap Ahl al-Bait Rasulullah.