Wednesday, August 10, 2011

Detik-Detik Kewafatan Rasulullah : cerita palsu yang masyur

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melaluï
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulaï menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]


Pagi itu, Rasulu Llah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umat ana, kita
semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta`ati dan bertaqwalah kepada-
Nya. Ana wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan sunnah ana. Barangsiapa mencintaï
sunnah ana, bererti dia mencintaï ana, dan kelak orang-orang yang mencintaï ana akan masuk
syurga bersama-sama ana.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulu Llah
yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. [Tidak ada sumber! Rasulu Llah
tidak berkhutbah pada pagi hari kematiannya. Hadis [/ kata-kata] tersebut juga pelik! Perlu
kepada rujukan sebelum boleh diterima]


Abu Bakr menatap mata itu dengan berkaca-kaca, `Umar dadanya naik turun menahan nafas
dan tangisannya. `Usman menghela nafas panjang dan `Ali menundukkan kepalanya dalam-
dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulu Llah akan meninggalkan kita
semua,” keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala `Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulu Llah
yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tetapi
pintu rumah Rasulu Llah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulu Llah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
tidurnya. [Ayat yang pelik! Siapa Fadhal?]

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah ana
masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayah ana sedang
demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah
itu wahai anak ana?” “Tak tahulah ayah ana, orang sepertinya baru sekali ini ana melihatnya,”
tutur Fatimah lembut. [Ayat yang pelik! Tidak ada sumber]



Lalu, Rasulu Llah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuïlah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaku l-maut,” kata Rasulu Llah. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah
disahihkan!]


Fatimah pun menahan ledakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi
Rasulu Llah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertaïnya. Kemudian dipanggillah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hak ana nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulu
Llah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruh anta. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan anta,” kata Jibril. [Tidak ada
sumber!
Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]

Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulu Llah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Anta tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepada ana bagaimana
nasib umat ana kelak?”. “Jangan khuatir wahai Rasula Llah, ana pernah mendengar Allah
berkata kepada ana: “Ana haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya,” kata Jibril. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]

Detik-detik semakin dekat untuk saatnya Malaku l-Maut melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulu Llah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulu Llah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratu l-maut ini.” Perlahan Rasulu Llah mengaduh. Fatimah
terpejam, `Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah anta melihat ana, hingga anta palingkan wajah anta ya Jibril?” Tanya Rasulu Llah
kepada Malaikat penyampai wahyu itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada
asas!] 


“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulu Llah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah,
dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepada ana, jangan pada umat ana.”
Badan Rasulu Llah mulaï dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, `Ali segera mendekatkan telinganya. [Kisah yang pelik!
Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]
[Harap semak, macam ada unsur Syi`ah sahaja cerita
ini… Ana belum baca sampai habis lagi cerita ini!]

 

“Usikum bis-salati, wama malakat aymanukum, peliharalah salat dan peliharalah orang-orang lemah di antara antum.” [Hadis perlu disemak! Diriwayatkan dalam hadis sahih [An-Nasa’iy Al-Kubra/ 7057, sahih], [Ahmad, 26144, sahih], [Musnad `Abd bin Humayd/ 1214, sahih], “Salat, salat, dan apa-apa yang tangan-tangan kanan antum miliki"]

Di luar pintu tangisan mulaï terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan `Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulu Llah
yang mulaï kebiruan. “Ummati, ummati, ummati, (Umat ana, umat ana, umat ana)” Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini
masyhur tetapi tidak ada asas! Al-Bukhariy dan Muslim
[Al-Bukhariy/ 4463, 6348, 6509], [Muslim/ 2444]
meriwayatkan kata-kata terakhir Rasulu Llah ialah Allahumma r-Rafiqa l-A`la]


KOMENTAR `ADLAN
1- Cerita ini masyhur tetapi tidak ada asas. Terlalu banyak tokok-tambah dan penipuan
2- Sila rujuk hadis yang sahih dan kisah sirah yang mu`tabar
 
KOMENTAR IRWAN
1. Ana nasihatkan saudara penulis, kita sebagai Ahli s-Sunnah, rujuklah hadis-hadis apabila
menulis sesuatu…


Sumber: ad-diyari.com 

(Gjoykamitake:  Di bawah ni diambil dari kitab sirah "Raheeq Al-Makhtum" (Sealed Nectar)

The Prophet [pbuh] breathes his Last
When the pangs of death started, ‘Aishah leant him against her. She used to say: One of Allâh’s bounties upon me is that the Messenger of Allâh [pbuh] died in my house, while I am still alive. He died between my chest and neck while he was leaning against me. Allâh has mixed his saliva with mine at his death. For ‘Abdur Rahman — the son of Abu Bakr — came in with a Siwak (i.e. the root of a desert plant used for brushing teeth) in his hand, while I was leaning the Messenger of Allâh [pbuh] against me. I noticed that he was looking at the Siwak, so I asked him — for I knew that he wanted it — "Would you like me to take it for you?" He nodded in agreement. I took it and gave it to him. As it was too hard for him, I asked him "Shall I soften it for you?" He nodded in agreement. So I softened it with my saliva and he passed it (on his teeth).
In another version it is said: "So he brushed (Istanna) his teeth as nice as he could." There was a water container (Rakwa) available at his hand with some water in. He put his hand in it and wiped his face with it and said:
"There is no god but Allâh. Death is full of agonies." [Sahih Al-Bukhari 2/640]
As soon as he had finished his Siwak brushing, he raised his hand or his finger up, looked upwards to the ceiling and moved his lips. So ‘Aishah listened to him. She heard him say: "With those on whom You have bestowed Your Grace with the Prophets and the Truthful ones (As-Siddeeqeen), the martyrs and the good doers. O Allâh, forgive me and have mercy upon me and join me to the Companionship on high." [ibid 2/638-641] Then at intervals he uttered these words: "The most exalted companionship on high. To Allâh we turn and to Him we turn back for help and last
abode." This event took place at high morning time on Monday, the twelfth of Rabi‘ Al-Awwal, in the eleventh year of Al-Hijrah. He was sixty- three years and four days old when he died.
Ni plak versi melayu, kitab yg sama.

NAZAK
 Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya,pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith. 
Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :
Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.
Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".
Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.
"Raheeq Al-Makhtum" terkenal sebagai kitab sirah yg paling lengkap.

Wallahu a'lam. )

No comments:

Post a Comment