Monday, August 29, 2011

Tentang rezeki

Nak berkongsi satu kejadian yang berlaku semasa berbuka puasa baru-baru ini dengan ahli keluarga..

Dah berkumpul semua nak berbuka dah ni, dah baca doa dah minum, jadi saya teringin sangat nak makan buah mangga manis yang dah dikopak oleh mak. So, dah amik lah ni baru nganga mulut dan hanya nak masukkan je...dengan takdir tuhan tetiba buuah mangga yang dah dihiris nipis tu terlepas dari genggaman tangan..dan disaksikan dengan ahli keluarga yang lain dan serentak masa itu juga saya teringat kata-kata abang kandung walaupun makanan yang nak disuap pun boleh terlepas apatah lagi rezeki di depan mata pun boleh hilang. Masa itu juga terdetik di hati sungguh Allah Maha Mengetahui dan telah pun membahagi-bahagikan rezeki seadilnya pada setiap hambaNya. Sungguh rezeki adalah aturan Allah, rezeki datang dengan macam-macam cara dan hala.

Walaubagaimanapun, sebagai hambaNya..kita sentiasa perlu berusaha dan berikhtiar serta sentiasa memohon keredhaan dariNya. Setelah itu barulah diiringi dengan doa sepenuh harapan padaNya. Solat Dhuha pun perlu sebenarnya kita hidupkan, dan hayati dan amalkan setiap hari..ayat dalam doa dhuhha sangat indah..jika rezekiku berada di langit turunkanlah, jika rezekiku berada di dalam bumi maka keluarkanlah...Rezeki ini sebenarnya ada pelbagai jenis..

So, kembalilah kita kepadaNya, apa yang kita miliki adalah TIADA. Apa yang kita ada datang dariNya dan kita hanyalah penjaga amanah....

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment