Sunday, August 28, 2011

Mutiara pertama

Salam...

Sungguh lamanya saya tidak menghadirkan diri..tuntutan masa serta kekangan keadaan faktor menjadi halangan. Kalau balik rumah hujung minggu dah keletihan,banyak masa untuk berehat je. Ada masa bawa kerja-kerja sekolah pun tak tersiap gamaknya. So kena settlekan dulu kat sekolah baru lah boleh turun dengan senang hati.

Wah..abang dah boleh jadi ustaz ni...hhehehe InsyaAllah abang akan selalu dirahmati Allah..Amiin..teruskan lah berkongsi ilmu bersama orang lain..walaupun hanya sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan..satu kebaikan akan menyebabkan pelbagai lagi cabang-cabang hikmah yang diperoleh. Sedangkan yang sekecil zarah pun dihitung oleh Allah, apatah lagi yang berlipat ganda kan. Semuanya akan dihitung, sedangkan yang halal pun dihisab olehNya. Masa yang ada boleh dimanafaatkan dengan baik, teringat saya pada satu surah..tak ingat dah apa nama surah tu (saya insan yang lemah yang tidak memiliki kekuatan yang kukuh melainkanNya), ada menyebut dalam satu ayat ....."janganlah kamu mensia-siakan masa, sedangkan setiap detik waktu itu akan diperjawabkan di hadapanNya"...(nanti saya cuba selak balik quran terjemahan surah yang mana satu).

Tapi kena ingat selalu jugak, we have to be a grateful person..always..anytime dan dimana jua kita berada. Kerana atas rahmatNya dan kasih serta belas ihsanNya lah kita hidup di bumiNya ini, menghirup udara, dan darah yang mengalir dalam badan kita semuanya atas kehendak Allah Taala..

Alhamdulillah, dapat jua saya berada di hadapan laptop ini dengan keadaan yang sihat..syukur alhamdulillah. Ramadhan telah pun tiba di penghujungnya..hanya tinggal sehari lagi untuk kita menunaikan ibadah puasa ini yang merupakan salah satu rukun Islam ini. Mudah-mudahan ada sinar ramadhan untuk kita semua pada tahun hadapan..semoga ramadhan tahun ini memberi satu anjakan dalam keseluruhan kehidupan kita..

InsyaAllah....


No comments:

Post a Comment