Thursday, August 11, 2011

Pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w. dalam Khutbah Haji Wida'. - [Kaedah Memahami Hadis Hadis yg Saling Bercanggah]

Khutbah A:

Berkata Jabir bin ‘Abd Allah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah berkhutbah:

  Demi sesungguhnya aku telah tinggalkan kalian sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat – iaitu Kitab Allah (al-Qur’an).[150]

Khutbah B:

  Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.[151]

 Khutbah C:

  Berkata Zaid bin Arqam radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkhutbah:

  "Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang besar, yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur'an) di mana di dalamnya terdapat hidayah dan (cahaya) nur, maka berpeganglah kepada Kitab Allah."



  Berkata Zaid: "Beliau (Nabi) sangat memberi penekanan dan kepentingan Kitab Allah." Kemudian Rasulullah menyambung: "Dan Ahli Bait aku. Aku peringatkan kalian dengan (nama) Allah tentang Ahli Bait aku.[152]

  Jika sebelum ini telah dibahas hadis yang bercanggah kerana ditujukan kepada individu yang berbeza (contoh ke 10) dan suasana yang berbeza (contoh ke 11), maka kini akan bahas pula percanggahan yang wujud antara hadis yang ditujukan kepada individu dan suasana yang berbeza dalam satu kes yang sama.

  Di atas adalah salinan 3 khutbah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang hampir sama nadanya tetapi bercanggah pengajarannya. Dalam khutbah-khutbah tersebut, Rasulullah telah berpesan kepada umatnya untuk

[1] (Khutbah A) Berpegang kepada al-Qur'an sahaja.
[2] (Khutbah B) Berpegang kepada al-Qur'an dan Sunnahnya.
[3] (Khutbah C) Berpegang kepada al-Qur'an dan Ahli Bait nya.

  Percanggahan antara khutbah-khutbah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di atas mudah kita atasi dengan merujuk kepada siapa dan bila Rasulullah menyampaikannya. Ketahuilah bahawa seluruh ibadah Haji Wida' Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengambil tempoh hampir 30 hari, [153] dan sepanjang tempoh tersebut baginda telah menyampaikan berbelas buah khutbah, mengajar orang ramai akan aturcara-aturcara ibadah haji, rukun-rukunnya, syarat-syaratnya dan pantang-larangnya. Selain itu beliau juga seringkali berkhutbah berupa pelbagai anjuran, pesanan, nasihat dan peringatan kepada umat.[154]

  Perlu juga diterangkan bahawa apabila dikatakan khutbah, ia tidak terbatas kepada satu suasana di mana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memberi ucapan di atas mimbar kepada orang ramai sebelum atau selepas solat berjemaah sahaja, tetapi khutbah ialah satu suasana di mana baginda memberi ucapan, ajaran, nasihat dan peringatan kepada sejumlah orang ramai yang bilangannya melebihi kebiasaan, pada bila-bila masa. Khutbah seperti ini di sampaikan beliau dengan berdiri, dan adakalanya di atas unta, kuda, batu atau bukit kecil supaya ia dapat didengar oleh orang ramai.

Jenis Khutbah

Wednesday, August 10, 2011

Detik-Detik Kewafatan Rasulullah : cerita palsu yang masyur

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melaluï
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulaï menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]


Pagi itu, Rasulu Llah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umat ana, kita
semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta`ati dan bertaqwalah kepada-
Nya. Ana wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan sunnah ana. Barangsiapa mencintaï
sunnah ana, bererti dia mencintaï ana, dan kelak orang-orang yang mencintaï ana akan masuk
syurga bersama-sama ana.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulu Llah
yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. [Tidak ada sumber! Rasulu Llah
tidak berkhutbah pada pagi hari kematiannya. Hadis [/ kata-kata] tersebut juga pelik! Perlu
kepada rujukan sebelum boleh diterima]


Abu Bakr menatap mata itu dengan berkaca-kaca, `Umar dadanya naik turun menahan nafas
dan tangisannya. `Usman menghela nafas panjang dan `Ali menundukkan kepalanya dalam-
dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulu Llah akan meninggalkan kita
semua,” keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala `Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulu Llah
yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tetapi
pintu rumah Rasulu Llah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulu Llah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
tidurnya. [Ayat yang pelik! Siapa Fadhal?]

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah ana
masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayah ana sedang
demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah
itu wahai anak ana?” “Tak tahulah ayah ana, orang sepertinya baru sekali ini ana melihatnya,”
tutur Fatimah lembut. [Ayat yang pelik! Tidak ada sumber]

Sunday, August 7, 2011

Pembelajaran Tauhid dan Akidah itu Mudah dan Tak perlu Disukarkan.

( Diambil dari petikan artikel Dr Maza )

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Wallahu a'lam

Tuesday, August 2, 2011

Masjid Al-Aqsa yang Sebenar



Melihat foto di atas, mungkin banyak dari kita akan segera memilih foto sebelah kanan sebagai Masjid Al-Aqsa. Namun percayalah, foto sebelah kiri yang berupa masjid dengan kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Dewasa ini, telah terjadi banyak kesalahpahaman diantara umat muslim tentang masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Banyak umat muslim maupun non-muslim yang mempublikasikan foto Masjid Al-Aqsa yang salah, tapi yang mengkuatirkan saat ini, kebanyakan umat muslim memajang foto Qubbatus Shakrah (Kubah Batu/ Dome of The Rock) dirumah maupun dikantor mereka dengan sebutan Masjid Al-Aqsa. Ini telah menjadi kesalahan umum di dunia muslim.

Namun tragedi sesungguhnya adalah bahwa kebanyakan generasi muda/ anak-anak muslim (sebagaimana juga muslim dewasa) diseluruh dunia, tidak dapat membedakan antara Masjid Al Aqsa dengan Qubbatus Shakrah (Kubah Batu).

Mengenal Kompleks Masjid Al-Aqsa 

Al-Masjid El-Aqsa merupakan nama arab yang berarti Masjid terjauh. 10 tahun setelah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama, beliau melakukan perjalanan malam dari Mekkah ke Baitul Maqdis (Jerusalem) dan kemudian menuju langit ketujuh untuk menerima perintah sholat 5 waktu dari Allah, peristiwa ini disebut Isra’ Miraj.

Adab Berpuasa dan Solat Terawih

Oleh NAZMI AIDARUS

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Hukum Membaca Al Quran Secara Langsung Dari Mushaf (Al-Quran) Ketika Solat

Jawapan oleh Profesor Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir) :

Saidatina Aisyah RadiyaLLahu'anhu pernah diimami solatnya oleh seorang maula (budak lelaki yang telah dimerdekakan) miliknya yang bernama Zakwan. Pada saat mengimamkannya itu, dia (Zakwan) membaca dari mushaf.

(Disebutkan oleh Bukhari secara ta'liq (tanpa menyebutkan salah satu atau semua sanad, dan penyebutan dengan kalimah pasif). Sahih Bukhari, vol 1 hlmn 245, Bab Imamat al Abdi wa Al Maula; diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 2, hlmn 123; dan Baihaqi, As Sunan Al Kubra, vol 2, hlmn 253).

Oleh itu, para alim ulama dari Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali berpendapat boleh melakukannya.

Pendapat mazhab ini disampaikan oleh Imam Nawawi; beliau berkata, :

Seandainya dia membaca Al Quran dari mushaf, tidak batal solatnya, baik dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu (membaca dari mushaf) sekiranya dia tidak menghafal al Fatihah. Seandainya dia membolak-balikkan lembarannya (al Quran) di dalam Solat, tidak batal solatnya.


Demikian dinyatakan oleh Imam Shafie secara nas di dalam Al Imla dan diterapkan oleh para sahabat (ulama' mazhab kami). - Imam Nawawi, Al Majmu', vol 4, hlmn 27.

Syaikh Rahibani mengambil pendapat Imam Ahmad radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata, " Boleh bagi orang yang solat (membaca, melihat dan memandang mushaf), iaitu melihat al Quran.

Imam Ahmad berkata "Tidaklah mengapa dia melakukan solat malam (qiyamulail) dengan orang-orang lain dengan dia melihat mushaf." Ditanyakan kepada Imam Ahmad radiyaLLahu anhu. "Bagaimanakah dengan solat fardhu"? Imam Ahmad menjawab, Aku tidak mendengar sedikitpun tentang hal itu.

Az Zuhri pernah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca mushaf (ketika di dalam solat) di bulan Ramadhan. Beliau (az Zuhri) menjawab,
"Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf
:. - Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.

Hanya pada kalangan ulama Mazhab Maliki sahaja yang menyatakan hukumnya (membaca mushaf) adalah makrudh ketika sedang solat fardhu atau solat sunat. Sementara pada ulama' Mazhab Hanafi adalah berbeza-beza pendapat di kalangan mereka.

Atas dasar ini, kami berpandangan adalah rajih dan kuatnya pendapat majoriti (kebanyakan) besar pada ulama' bahawa membaca al Quran dari mushaf di dlam solat itu adalah sah dan tidaklah ada dosa padanya (membaca al Quran dari mushaf). Dan ALlah subahanahu wa ta'ala. Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber :

Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Monday, August 1, 2011

Shalat Tarawih Nabi & Salafushshalih (Penerangan Asal-usul Terawih 20 rakaat)

Oleh : Al Ustadz Abu Hamzah Al Sanuwi, Lc, MAg

Shalat tarawih adalah bagian dari shalat nafilah (tathawwu’). Mengerjakannya disunnahkan secara berjama’ah pada bulan Ramadhan, dan sunnah muakkadah. Disebut tarawih, karena setiap selesai dari empat rakaat, para jama’ah duduk untuk istirahat.

Tarawih adalah bentuk jama’ dari tarwihah. Menurut bahasa berarti jalsah (duduk). Kemudian duduk pada bulan Ramadhan setelah selesai dari empat raka’at disebut tarwihah; karena dengan duduk itu, orang-orang bisa istirahat dari lamanya melaksanakan qiyam Ramadhan.


Bahkan para salaf bertumpu pada tongkat, karena terlalu lamanya berdiri. Dari situ, kemudian setiap empat raka’at, disebut tarwihah, dan kesemuanya disebut tarawih secara majaz.

Aisyah ditanya: “Bagaimana shalat Rasul pada bulan Ramadhan?” Dia menjawab,

“Beliau tidak pemah menambah -di Ramadhan atau di luarnya- lebih dari 11 raka’at. Beliau shalat empat rakaat, maka jangan ditanya tentang bagusnya dan lamanya. Kemudian beliau shalat 3 raka’at.” (HR Bukhari).

Kata � (kemudian), adalah kata penghubung yang memberikan makna berurutan, dan adanya jedah waktu.

Rasulullah shalat empat raka’at dengan dua kali salam, kemudian beristirahat. Hal ini berdasarkan keterangan Aisyah,

Adalah Rasulullah melakukan shalat pada waktu setelah selesainya shalat Isya’, hingga waktu fajar, sebanyak 11 raka’at, mengucapkan salam pada setiap dua raka’at, dan melakukan witir dengan satu raka’at. (HR Muslim).

Juga berdasarkan keterangan Ibn Umar, bahwa seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana shalat malam itu?” Beliau menjawab,

Yaitu dua raka’at-dua raka’at, maka apabila kamu khawatir shubuh, berwitirlah dengan satu raka’at. (HR Bukhari).

Dalam hadits Ibn Umar yang lain disebutkan:

Shalat malam dan siang dua raka’at-dua raka’at. (HR Ibn Abi Syaibah). 1

1 Fadhilah Shalat Tarawih

1.1 Hadits Abu Hurairah: