Saturday, February 5, 2011

You’re Beautiful

Drama:

http://www.mediafire.com/?l412sem5k0sr8

Subtitle (english):

Please go to SUBTITLES, right click "ZIPPED SUBTITLES – Episodes 1-16#" and save link address.

http://withs2.com/view/youre-beautiful

Sekular Itulah Jahiliyyah

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman (Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 50):

{Bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.”}

klik di sini untuk membaca artikel asal.

Wednesday, February 2, 2011

Tidur Nabi Daud A.S.

Berikut dibawah adalah potongan2 artikel dari blog yg membincangkan berkenaan waktu tidur Nabi Allah Daud A.S.:

Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Allah SWT sangat menyukai shalat Nabi Daud AS. Nabi Daud AS biasa tidur pada pertengahan pertama dari malam, kemudian ia
shalat sepertiga malam, dan tidur lagi pada seperenam malam sisanya. Allah SWT juga paling menyukai puasa Nabi Daud AS. Nabi Daud AS biasa berpuasa setiap dua hari
sekali, puasa yang paling berat. (Bukhari dan Muslim)

(dari www.imtiazahmad.com/reminders/in_nabi_daud_as.htm)

Dalam mengerjakan ibadah dan amalan-amalan sunat ketika malam,
Nabi Daud (a.s) mengikuti jadual berikut, iaitu dia tidur 6 jam, kemudian
bangun dan mengerjakan amalan-amalan sunat, terutama solat-solat
sunat, 4 jam kemudian dia tidur semula 2 jam.

(dari yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/01/menambah-pelaburan-akhirat-amalan-nabi.html)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya:
Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia
berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)

(dari nurjeehan.wordpress.com/2007/03/28/kelebihan-bangun-solat-malam/)

Monday, January 17, 2011

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR

{Kalo MB BN ada yg camni dan saya jumpa artikel dia,saya pun akan post gak, jgn risau. so far,tak jumpa lagi.
Kredit to alhusseyn51.blogspot.com.}


From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni? / end

Saturday, January 15, 2011

Terindah..........

Salam..
Masuk minggu ini dah masuk minggu kedua minggu persekolahan..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..minggu ni gak dah 2 kali balik umah cuti hujung minggu..huhu macam biasalah esok pagi ahad kena siap-siap dah nak lemas barang balik Gana...balik sekolah..
emm..penat gak balik umah ni,naik balik ke sekolah..mm pengalaman pertama saya awal tahun ini..berjalan kaki...mujur gak malam tak terasa sangat jauhnya..tapi cuba siang aduh..hati kena kuat jiwa kena ada semangat..
2hb januari tu sampai dekat dah maghrib kat satu tempat nama Kokobuan..semua keta parking kat sana je jalan teruk..tak boleh nak lalu...lumpur masyaAllah tebalnya..tahan lagi buka kasut jalan kaki ayam kat jalan macam tu tapi bila dah masuk kawasan kampung...emmmmmmmmmmmmm...tahan hati je rasa geli..
Masa tu jalan ramai-ramai dengan guru-guru lain,semua guru naik awal masa tu..ye lah jalan pun tak elok..jemaah nazir pun nak naik minggu tu..dengan barang sekolah dan buku-buku sekolah..mulanya beg ringan je tapi bila dah berjalan entah berapa kilometer bahu dah rasa sakit dah...sampai kat rumah Gana kul 830 malam..laparnya tak terkira..pas makan malam terus landinggg ler..tapi tak lupa hp sony letak atas meja cari coverage..hhuhuhu nanti rasa rindu kat buah hati(kan abg..)..susahnya nak dapat line...kawasan hutan kan..dapat sms sekali 2 pun dah cukup..
Besok paginye..rasa tak nak bangun je subuh tu..badan macam biasalah..sakittttttttt sakittttttt.tapi pengalaman yang mengujakan sebenarnya..uji ketahanan diri dan mental.tak tahu lah sampai bulan berapa kena berjalan kaki ni...musim hujan sekarang ni..
Semoga Allah sentiasa menguatkan hati ini untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman..memberikan kudrat dan kekuatan,serta memberikan kesabaran...insyaallah anak murid akan mendapat manafaat dari ilmu yang diberikan..semuanya dengan izin Allah..

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

What a nice date today:D....11.1.11:D.....date laa, not dating,grrrr.......Anyhow, happy birthday Siti Nurhaliza.......hehehe

Thursday, December 30, 2010

Kisah Piala Suzuki Dan cuti Umum

Salam...
Tahniah Team Malaysia menang jua akhirnya setelah 14 tahun menanti...
Mmmm...dapat cuti lah plak...Malaysia memang banyak cuti huuhhuhu
Anyway..baaaaaaaaaanzzzzzzaai Fahmi!!!!!!!!sorak tuk dia..patutnya dia best player....takper lah.