Sunday, April 25, 2010
Perkembangan emosi kanak-kanak
Kanak-kanak mengalami peringkat-peringkat perkembangan emosi yang berbeza mengikut perubahan umur. Menurut Erikson, perkembangan emosi kanak-kanak mempunyai ciri-ciri tertentu.
Menurut Erikson, dua ciri perkembangan emosi yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun ialah keinginan menguasai sesuatu dan memerlukan peneguhan positif atau penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya. Pada ketika ini proses perkembangannya melalui peringkat yang dikenali peringkat ketekunan melawan perasaan rendah diri. Ketika ini kanak-kanak mencapai umur 6 tahun, mereka telah mencapai peringkat operasi, iaitu mereka berupaya menggambarkan transformasi dan pertalian dua situasi yang berkaitan, memahami proses pembalikan serta berfikiran logik. Kebolehan berbahasa mereka juga telah meningkat dan boleh menyusun idea-idea mengikut urutan.
Menurut Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini perlu menyalurkan tenaga mereka kearah menghasilkan sesuatu yang baik. Tugasan yang dijalankan hendaklah menghasilkan sesuatu penyelesaian, produk, kemahiran atau fahaman. Apabila mereka diberikan tugasan ini, maka kerajinan atau ketekunan dapat dipupuk. Secara tidak langsung, ketekunan ini akan meningkatkan lagi ketrampilan mereka iaitu keupayan untuk menguasai atau melakukan sesuatu. Melalui peringkat ini, kanak-kanak dapat dipupuk sikap rajin dan tekun iaitu keinginan untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah.
Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka mesti diberikan galakan dan dorongan untuk meningkatkan lagi keinginan mereka untuk menjalankan suatu aktiviti. Mereka perlu diberikan peneguhan positif atau penghargaan terhadap kerja atau tugasan yang diberikan seperti puji-pujian atau memberikan hadiah sebagai galakan. Ini akan memberikan kesan perkembangan emsoi yang baik kepada mereka . sebaliknya implikasinya sekiranya keinginan mereka dihalang iaitu perasaaan rendah diri dan kurang yakin akan terbentuk.
Berdasarkan ciri –ciri perkembangan emosi yang dijelaskan di atas, terdapat tiga cara guru dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat.
Guru perlu memupuk emosi murid yang sihat mengikut perkembangan umurnya. Guru juga perlu mencegah dan mengawal tingkah laku murid dan perkembangan emosi yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringat ini. Oleh itu guru juga mesti seorang yang penyayang dan membantu murid dalam mengawal emosi mereka dalam situasi tertentu serta membimbing mereka dalam menghadapi masalah.
Dalam membantu dan membimbing mereka, guru boleh membantu kanak-kanak ini untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat dengan tiga cara. Cara yang pertama, guru boleh mengadakan atau menjalankan aktiviti-akitiviti dalam pengajaran, dan kendalikan kerja kumpulan agar murid-murid berlainan jantina dapat berinteraksi serta bertukar- tukar pendapat. Ini akan dapat memupuk perasaan keinginan mereka untuk belajar dan menguasai sesuatu kemahiran bersama-sama dengan rakan.
Selain itu, cara yang lain ialah mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum agar murid-murid dapat bergaul dengan baik dan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Secara tidak langsung ini akan dapat membentuk rasa yakin diri dan motivasi dalam diri mereka. Dan akhir sekali, guru mestilah memberikan peluang bagi murid-murid dapat menikmati kejayaan dengan memberiukan peluang bagi yang lemah dan memberikan perhatian terhadap mereka. Secara tidak langsung ini akan dapat mengekalkan penghargaan kendiri mereka yang positif.
Ini merupakan antara cara atau langkah yang dapat guru aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Ini kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada rancangan pengajaran guru berlandaskan perkembangan murid. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan perkembangan emosi mereka, jasmani,kognitifdan sosial murid.
Hasil nukilan
Humaira Attahirah
pada
5:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment