Monday, May 31, 2010

Cat is the bestt..

Rasa letih kadang menyebabkan saya terlupa nak jenguk blog ni..rasa macam nak rehat dan tido je penat penat tu.aikk..ni tak kawin lagi rasa dah tak larat, macamane lah nak urus diri sendiri..aduhhhhhhh..

Mmm..jap lagi nak kena buat assignment plak,nak bentang pagi sok..takpe..nak share something nie..teringat plak kat kucing kat masjid kat institut tadi..nak solat zuhur nampak plak si samsiah..huhuhu kitaorang panggil mak kucing ni samsiah..seronok tengok kucing tu layan anak-anaknye..kucing tu nak minum air kat saliran wudhu tu,anak-anak dia ni empat ekor semuanya berebut plak nak menyusu kat mak dia..tapi kucing tu tak terganggu pun oleh gelagat anak-anak dia..

Ada satu kisah nak kongsi gak ni..pasal kucing samsiah ni lah jugak..masa tu sy dan rakan sekelas ada jamuan kat balai ilmu dekat masjid ni,bonda yang sediakan semua..pensyarah yang kami panggil bonda..bonda u r the best..semoga Allah sentiasa merahmati hidup bonda dunia dan akhirat..Amin...kami sayang bonda..

So kami dah makan makan nie..bonda dah pesan sisa makanan tu bubuh kat satu kawasan senang kucing ni nak makan kalo dia nak..so kami seramai 14 orang ni bubuh sisa makanan mestilah banyak kan..tengokla kucing ni makan..saya perhati je dia ni..tengok dia makan lama sangat...kemudian,tetiba jer si samsiah ni gonggong (ikan ke ayam yang ni saya kurang pasti..) dan berjalan ke arah tempat stor berdekatan dengan tempat wudhu perempuan..saya memang dah curious dah nie..siasat-siasat..rupa-rupanya kucing ni bawa lari makanan tadi nak berikan pada anak-anak dia yang empat ekor tu..Subhanallah...betapa hebat kuasa Allah..

Binatang pun boleh sayang pada anaknya, apatah lagi manusia yang mana Allah telah berikan rasa Rahman dan RahiimNya. Allah dah sempurnakan manusia dengan akal, roh dan jasad agar menjadi pemimpin dan khalifah di muka bumi nie..tapi lihat lah masa sekarang..bayi seolah-olah sampah yang hina, dibuang sesuka hati..di manakah perikemanusiaan hati manusia ini? penderaan bayi dan kanak-kanak macam dah jadi trend isu semasa..

Di manakah silap?adakah asuhan yang salah? kita fikir-fikirkanlah..cari solution nya..

No comments:

Post a Comment