Sunday, June 6, 2010

Palestine oh Palestine..

Palestine oh Palestine...bagaimanakah ingin rasa hati ini tuk diluahkan..rasa amarah..sedih..terpaku..semuanya bercampur rasa..betapa sakitnya hati ini membaca dan mendengar kisahmu...

Penutupan sempadan Rafah di sempadan Mesir yang merupakan satu cara untuk Palestine berhubung dengan orang luar, dan membeli barangan telah disekat dan ditutup oleh Kerajaan Mesir..beginikah caranya orang Islam membantu saudaranya?

Beratus-ratus aktivis ingin memasuki Gaza demi misi kemanusiaan..namun dihalang dan disekat..akhirnya hanya jalan laut sahaja caranya tuk menyampaikan salam dunia kepada Palestin...namun begitu, apalah kudratnya jika negara yang tidak pernah diiktiraf oleh dunia melanggar asasi kemanusiaan..jiwa yang murni ini terkorban..mungkinkah ada pembelaan terhadap mereka??..kita tunggu dan lihat sahaja..almaklumlah...datangnya bagai ribut..hilangnya bagaikan kabus begitu sahaja..seperti kebiasaan begitulah..

Kapal yang membawa muatan bantuan kemanusiaan diserang secara brutal oleh tentera Israel..aktivis yang datang bukannya membawa senjata yang didakwa oleh rejim ini..kapal itu membawa ratusan..ya..ratusan jiwa murni...tetapi dirobek oleh kekejaman rejim zionis itu..begitu mudahnya nyawa diambil..begitu murahnya harga jiwa dan nyawa bangsa lain di mata Yahudi..

Sebenarnya rejim zionis takut kepada kebangkitan Palestin...mereka menyekat banyak barangan dan hanya jenis barangan tertentu sahaja boleh melepasi syaratnya..sebenarnya..Palestin adalah orang yang paling pintar..mereka belajar dari peperangan,mereka membina minda yang cergas atas peperangan dan semangat yang tinggi yang tidak akan dipunyai oleh mana-mana individu..semangat yang mereka sahaja tahu apakah nilainya..

Cubalah kita lihat apakah tindakan yang diambil oleh negara-negara Islam sekitarnya?mereka hanya berdiam diri dan terus membutakan mata..negara Islam inilah yang telah meletakkan Palestin di tempat sekarang..menanggung kesusahan dan peperangan yang tidak berkesudahan..mmm..menunding jari bukanlah cara penyelesaian yang baik..betul tak?

Kita ada OIC dan malah negara Arab sendiri mempunyai Liga Arab..tetapi, apakah tindakan yang telah diambil?Of course yang ada hanyalah meeting..meeting..meeting yang langsung takde decision..apakah kita hanya bergantung kepada aktivis-aktivis pro-Palestin sahaja..lihatlah dunia..mereka lebih berani..lebih berjiwa kental..apakah selepas ini masyarakat dunia masih menyokong Israel?

PBB bagaikan tikus yang takutkan kucing..apakah yang pertubuhan ini dapat lakukan?hanyalah berkata..kami akan siasat terperinci..kami akan siasat terperinci..huh...tapi kesudahannya,akan berpihak kepada rejim zionis..alangkah parahnya hati orang Islam..alangkah terlukanya hati orang Islam..

Bagaimana dengan kita?adakah sekadar cukup berkata..adakah sekadar cukup menanggis?..adakah sekadar cukup bersimpati?..tapi kita tidak akan pernah memahami perasaan mereka..kita tidak akan pernah memahami derita mereka..kita tidak akan pernah merasa empati yang sebenar..kerana kita tidak pernah berada di tanah Palestin..apa yang dilalui oleh sukarelawan Malaysia dan negara lain hanya sedikit sekecil zarah kekasaran yang ditinggalkan oleh tentera Israel..hanya sekelumit tapi cukup menyeksakan..apatah lagi kita bayangkan di palestine yang telah bertahun-tahun mengalami kesengsaraan.

Tanya pada diri kita..tanya hati kita..apakah yang kita mampu lakukan di sini?..tanyalah..dan jawablah dengan hati dan akal.. 



No comments:

Post a Comment