Emm..nampaknya tak update langsung blog ni..where is my partner?...
Pengalaman mengajar di pedalaman?bagi saya satu cabaran dan memang best..bila kita menerima hakikat yang kita akan ditempatkan di pedalaman dengan hati yang terbuka,insayaallah..kita akan senang hati dalam melakukan setiap perkara yang kita anggap mencabar..
Memang pada mulanya,fizikal masih "terkejut"..tetapi lama kelamaan sakit yang terasa akan hilang dan fizikal akan dapat sesuaikan diri..perjalanan naik ke sekolah akan melalui jalan berbukit yang curam, hutan belantara kiri kanan dan jalan yang baru ditarah..tanah merah yang lumpur tebal..banyak kali perjalanan naik ke atas mengalami masalah seperti tersangkut..dan terpaksa menyaksikan aktiviti cangkul menyangkul untuk mudahkan melalui jalan tersebut..main lumpur lah gamaknya...
Hanya sekarang ni..jalan dinaiktarafkan dan telah diluluskan 3 fasa,namun bagi guru-guru yang telah lama mengajar di sana, jalan yang ada sekarang dah cukup mewah..dan merasakan dah hilang sedikit cabarannya yang mana dahulu mereka terpaksa melalui jalan balak dan berjalan kaki berjam-jam..malah pernah bermalam dengan keadaan yang sejuk..
Kawasan pedalaman tu memang sejuk,kawasan ni pun dah masuk banjaran crocker..masuk dalam kawasan hutan simpan lingkabau...kalo tengok peta sabah ni..di antara ranau, kota marudu dan area sugud sandakan..kalo awal pagi kita boleh lihat agak jelas gunung kinabalu..memang cantik pemandangannya..sungguh saya bersyukur ditempatkan di sekolah ini...banyak keistimewaannya..dan banyak lagi yang perlu saya discover..
Bila sebut pasal sejuk dingin ni...teringat cerita guru-guru sebelum ni..kata mereka sejuk sekarang ni di kawasan ni tidak sama dengan sejuk dahulu semasa awal pembukaan sekolah thn 1999.Dahulu kata mereka, kalo sejuk melampau air pun boleh hampir beku..huhuhu..yang sekarang ni pun rasa macam tak tahan sejuk..masak air panas tu nak buat air minum panas kejap je dah hilang hangatnya..setiap pagi kena masak air panas buat air mandi..huhuhu rasa macam taknak mandi je tapi takkanlah dengan badan tak segar pi ngajar budak-budak tu kan...
No comments:
Post a Comment