Sunday, November 13, 2011
Definisi Taklid, Ittiba, dan Ijtihad
Taklid adalah mengamalkan sesuatu perkara atau mengikuti sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil yang membelakangi amal atau pendapat tersebut.
Ittiba’ pula adalah mengamalkan sesuatu perkara atau mengikuti sesuatu pendapat yang disertai dengan dalil dari al-Qur’an dan al-Hadis yang membelakangi amal atau pendapat tersebut.
Ijtihad pula adalah mengerahkan upaya dengan bersungguh-sungguh untuk mengetahui sesuatu hukum yang bersumberkan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah:
Para pendakwah yang mengajak kepada sunnah tidaklah mewajibkan ijtihad kecuali bagi mereka yang memiliki kemampuan untuk itu (melakukan ijtihad), akan tetapi mereka hanya mewajibkan ittiba’ kepada setiap muslim. Demikian pula, mereka mengharamkan taklid kecuali dalam keadaan darurat serta tidak mampu mendapatkan sunnah (berkaitan dengan sesuatu hal).[15]
Oleh itu apa yang dapat kita fahami dari sini adalah budaya yang sebenarnya ingin disemai oleh pejuang sunnah ini adalah budaya yang berupaya membentuk masyarakat yang ilmiah. Setiap umat Islam wajib mengetahui apakah dalil yang membelakangi setiap amalan mereka yang bersangkutan dengan ibadah. Sebagai contohnya sekiranya kita melakukan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, maka sebaik-baiknya kita mengetahui dalil yang membelakangi amalan tersebut iaitu:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.”[16]
Budaya sedemikian rupa boleh mencegah amalan-amalan bidaah bertebaran ditengah-tengah masyarakat. Namun begitu para pejuang sunnah menerima realiti hidup di dalam masyarakat yang mana masih wujud kelompok-kelompok manusia yang memiliki pengetahuan agama yang begitu minimal sehingga tidak mengizinkan mereka untuk mengetahui dalil-dalil yang membelakangi amal ibadah mereka. Maka golongan sebegini dibenarkan oleh syarak untuk bertaqlid kepada ulamak-ulamak yang berada di negeri mereka sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
“…maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri (mereka yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui.”[17]
Yang ditentang oleh pejuang sunnah adalah golongan yang mampu untuk berittiba’ atau berijtihad tetapi tetap berpegang dengan pendapat mazhabnya walaupun mengetahui wujudnya dalil-dalil yang sahih tetapi bertentangan dengan mazhab tersebut. Golongan ini seolah-olah membesarkan pendapat mazhab yang dipegangnya dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Adalah menjadi amalan bagi ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah apabila terdapat dalil yang bertentangan dengan pendapat mazhabnya maka mereka meninggalkan pendapat mazhab tersebut dan mengikuti dalil tersebut. Sebagai contohnya anak murid Imam Abu Hanifah iaitu Muhammad bin Hasan dan Abu Yusuf rahimahumullah telah menolak satu pertiga dari pendapat gurunya. Imam al-Nawawi rahimahullah juga telah menolak beberapa pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah. Contohnya Imam al-Nawawi menolak pandangan Imam al-Syafi’i dalam hukum menyamak sekiranya terpegang khinzir. Bagi Imam al-Nawawi hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang samak hanya menyebut anjing dan khinzir tidak termasuk di dalam perintah tersebut.
------
[15] Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, ms. 47.
[16] Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1164.
------
Sumber: hafizfirdaus.com

Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment