Saturday, July 30, 2011

Tips Elak Riak

"Riak adalah rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan ‘ujub, samaah dan takabur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama.

Apabila tidak belajar agama, seseorang itu tidak sedar bahawa perbuatan itu sangat bersalahan di sisi agama. Itulah sifat pembakar amal. Beramal ibadat banyak tetapi pulangannya kosong. Contohnya, malam bertahajud, pagi esok sudah cerita kepada rakan sepejabat. Tak sampai sehari, amal sudah jadi kosong. Tahun lepas banyak bersedekah di bulan puasa, tahun ini mengungkit balik apa yang dilakukan setahun lepas. Padam pula pahala. Inilah yang dikatakan pembakar amal.

Ingat, jangan pakai pakaian kebesaran Ilahi ini. Bukankah iblis itu merupakan hamba Allah yang taat; penghuni syurga lagi. Hanya kerana sekali takabbur, iblis dinyahkan daripada syurga. Iblis rasa dirinya mulia kerana diperbuat daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Dia enggan sujud kepada Adam apabila Allah perintahkan. Iblis menyarungkan pakaian kebesaran Allah dengan sifat takabbur tadi. Nah, dia menunggu azab di akhirat kelak.

Bagaimana hendak mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah ini? Tidak senang juga untuk mengatasinya. Kadang-kadang perasaan hebat ini datang sendiri tanpa diundang; hanya orang jahil yang wewenang riak dan takabbur. Penulis juga selalu diganggu lintasan-lintasan pembakar amal ini. Astaghfirullah sahajalah. Cuma satu sahaja penulis hendak kongsi bersama. Apabila mari lintasan itu, lalu diri ini kembalikannya kepada Allah. Buang cepat-cepat mainan iblis itu lalu diganti dengan rasa syukur melalui iktikad bahawa ‘ ya Allah, syukur aku kepada-Mu kerana memilih aku untuk menzahirkan sifat mulia-Mu melalui tanganku, lidahku dan anggotaku’.


Dua misalan diberikan. Pertama, jika kita banyak berderma. Hakikatnya duit yang kita dermakan itu hak Allah yang dipinjamkan kepada kita. Allah hendak beri sebahagiannya kepada fakir miskin lalu Allah laksanakannya melalui tangan kita yang juga milik Allah juga sebenarnya. Habis di mana lebih dan hebatnya kita? Kedua, jika kita banyak berzikir. Allah hendak membesarkan diri-Nya sendiri melalui lidah kita. Lidah juga milik-Nya. Lagi tiada lebih dan hebatnya kita. Yang patut ada ialah rasa syukur tadi. Mengapa? Kerana Allah memuliakan kita dengan cara memilih kita untuk menzahirkan kemuliaan dan kehebatan-Nya. Maka tiadalah lagi perkara yang hendak dibanggakan sebaliknya melimpahlah rasa kesyukuran.Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pahala yang berpanjangan untuk guru-guruku, diriku dan para dai’ yang memanjangkannya pula kepada hamba-hamba Allah yang melata di muka bumi ini.

Sumber: jimie lee

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih


Soalan: 


Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Jawapan Dr MAZA: 

Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.

ISRAILIYYAT: PENCERAMAH MENCEMARKAN AL-QURAN

by: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Melihat sesetengah penceramah televisyen atau di luar televisyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya, amatlah merisaukan hati. Sebahagian kisah-kisah yang disebutkan itu tidak mempunyai sebarang sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya adalah Israiliyyat. Lebih malang lagi, sebahagian kisah-kisah itu kelihatan seperti mitos atau kartun semata. Apabila ianya jika dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama wahyu yang agung dan berwibawa ini.

Secara umumnya Israiliyyat adalah kisah-kisah yang bersumberkan maklumat Yahudi atau Bani Israil. Bukan sedikit juga riwayat-riwayat tersebut yang terselit atau disebutkan dalam buku-buku umat Islam. Para ulama hadis sentiasa memperingatkan umat tentang bahaya ini. Banyak riwayat atau kisah Israiliyyat hanya mencemarkan agama. Namun ramai penceramah tidak dapat membezakan antara israiliyyat.

Cakap Orang Tua Tak Semua Betul

Dunia semakin canggih, teknologi berkembang di luar dari igauan generasi yang lalu. Banyak perkara yang tidak wujud pada masa generasi lalu, ia adalah kenyataan hidup generasi hari ini. Sikap, pendirian dan pendekatan juga berubah. Dahulu apa yang dinyatakan oleh orang tua-tua kesemuanya tidak dibantah. “Orang tua selalu betul”. Hari ini barangkali tidak. Mungkin pandangan orang tua-tua dalam sesetengah perkara dianggap ‘ketinggalan bas’. Dahulu cakap orang yang bergelar ustaz atau tok guru tidak akan dibantah. Bahkan dianggap berdosa jika membantah dan melawan. Maka segala perbuatan ustaz atau tok guru dianggap agama. Mereka bagaikan wakil ‘tuhan’ yang tidak dipertikaikan firmannya. Ucapan mereka diterima bulat-bulat. Bagaikan Rasul yang maksum.Justeru, sekalipun ‘mandi safar’ itu syirik, namun oleh kerana jampi menteranya ditulis oleh ‘ustaz’, maka sekian lama kepercayaan itu menjalar dalam masyarakat melayu. Tepung tawar pelepas bala bukan ajaran Islam. Bahkan ia mempunyai nilai-nilai syirik yang jelas. Namun, dahulu ramai yang membuatnya. Sebabnya kerja ini di’francais’ oleh yang bergelar ustaz atau mungkin yang bergelar tok guru. Perkara yang ‘sewaktu’ dengan semua itu bukan sedikit telah berlaku dalam masyarakat kita. Namun hari ini perkara-perkara tersebut banyak yang sudah pupus. Generasi baru sudah mula celik.

Baraka Allahu Lakuma (By: Maher Zain)

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice



Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما

Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wednesday, July 27, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa thn kebelakangan ini satu hadis ttg kelebihan tarawikh pd mlm2 ramadhan telah tersebar dgn meluas sekali. Media-media elektronik, cetak serta media massa turut sama memainkan peranan mrk menyebarkannya dgn harapan semoga mrk dpt saham dlm usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dlm bln yg diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yg agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yg sebhgn darinya adalah spt berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bhw Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dgn fadhilat sembahyang tarawih pd bln Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa org mukmin pd mlm pertama spt mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendpt pahala sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

setelah diajukn pertanyaan kpd beberapa tokoh agama tanahair ttg kedudukan hadis ini, dr mana ia diambil, semuanya x dpt memberikan penjelasan. setelah diteliti dlm kitab induk hadis spt Sunan Sittah & lain2 kitab hadis lagi, ia x ditemui. Begitu juga dlm kitab2 hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tiada hadis ini. Ini menunjukkan bhwa hadis ini merupakan hadis yg baru diada2kn sehingga ulama2 hadis dulu yg menulis ttg hadis maudhu` pun tidak mengetahui akn wujudnya hadis ini.

Fadhilat-Fadhilat Sahih Bagi Solat Tarawih

Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina ’Ali RA cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.

Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman...
8. ... demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Kekeliruan "Bermaafan Sebelum Ramadhan"

Kali ini akan kita bahas mengenai sebuah tradisi yang banyak dilestarikan oleh masyarakat, terutama di kalangan aktifis da’wah yang beramal tanpa didasari ilmu, tradisi tersebut adalah tradisi bermaaf-maafan sebelum Ramadhan. Ya, saya katakan demikian karena tradisi ini pun pertama kali saya kenal dari para aktifis da’wah kampus dahulu, dan ketika itu saya amati banyak masyarakat awam malah tidak tahu tradisi ini. Dengan kata lain, bisa jadi tradisi ini disebarluaskan oleh mereka para aktifis da’wah yang kurang mengilmu apa yang mereka da’wahkan bukan disebarluaskan oleh masyarakat awam. Dan perlu diketahui, bahwa tradisi ini tidak pernah diajarkan oleh Islam.