Sejak beberapa thn kebelakangan ini satu hadis ttg kelebihan tarawikh pd mlm2 ramadhan telah tersebar dgn meluas sekali. Media-media elektronik, cetak serta media massa turut sama memainkan peranan mrk menyebarkannya dgn harapan semoga mrk dpt saham dlm usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dlm bln yg diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yg agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yg sebhgn darinya adalah spt berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bhw Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dgn fadhilat sembahyang tarawih pd bln Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa org mukmin pd mlm pertama spt mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendpt pahala sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
setelah diajukn pertanyaan kpd beberapa tokoh agama tanahair ttg kedudukan hadis ini, dr mana ia diambil, semuanya x dpt memberikan penjelasan. setelah diteliti dlm kitab induk hadis spt Sunan Sittah & lain2 kitab hadis lagi, ia x ditemui. Begitu juga dlm kitab2 hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tiada hadis ini. Ini menunjukkan bhwa hadis ini merupakan hadis yg baru diada2kn sehingga ulama2 hadis dulu yg menulis ttg hadis maudhu` pun tidak mengetahui akn wujudnya hadis ini.
Kita tdk menafikan kelebihan sembahyang tarawih & kedudukannya di dlm sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dgn berbagai janji palsu yg menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan2 kebaikan dgn mengharapkan sesuatu yg sebenarnya tdk akn diperolehinya. Dgn tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akn mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yg dipelihara dgn begitu baik oleh ulama2 kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah beri amaran terhdp org yg mengadakn pendustaan atas namanya dgn ancaman yg berat sebagaimana sabdanya :
Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Di dlm hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dlm bln Ramadhan spt mana kita sering dpt hadis ancaman terhdp org yg meninggalkan sembahyang yg mana sebenarnya hadis itu pun telah direka atas nama nabi Muhammad S.A.W. spt cth satu hadis yg sbhgn darinya berbunyi: Jika seseorg itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah spt dia berzina dgn ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah spt meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dgn janji ganjaran dr Allah bg org yg menghidupkan mlm Ramadhan yg terdpt dlm kitab hadis shahih? cthnya hadis yg bermaksud: Sesiapa yg menghidupkan mlm ramadhan dgn penuh keimanan & mengharapkan ganjaran dr Allah diampunkan dosa2nya yg lalu. (Al-Bukhari)
Adakah tidak cukup dgn ancaman terhdp org yg meninggalkan sembahyang yg terdpt dlm al-Quran antaranya firman Allah yg bermaksud: Apakah yg menyebabkan kamu dimasukkan kedlm neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk org yg tdk mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dr segi zahirnya selain dr meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yg disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yg terdpt pd para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau org yg berjuang bersama dgn nabi2 yg lain apatah lagi utk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi2 krn umat yg dtng kemudian walaupun setinggi2 wali sekalipun x akn dpt mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil2 sahabat apatah lagi utk menyamai kedudukan seorg nabi
2. Kelebihan yg terdpt didlmnya x sepadan dgn amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yg terdpt dlm syariat sebagaimana tersebut dlm Al-Qur'an & hadis2 shohih
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, x menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. & lafaznya tdk sesuai keluar dr mulut Nabi sptimana yg terdpt dlm hadis2 shohih
4. Di dlm setengah risalah yg terdpt hadis ini, ia dimulai dgn "Ya Ali" sedangkan ulama2 hadis telah mengatakan bhw hadis2 yg dimulai dgn kata2 ini hanya 2 atau 3 shj yg shohih. Yg lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak2 berkenaan spt institusi2 agama di peringkat negeri & pusat sepatutnya prihatin terhdp perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yg menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam jgnlah mudah tertipu dgn diayah-diayah palsu yg dikaitkan dgn Rasulullah sedangkan ia tiada hbgn langsung dgn Rasulullah s.a.w. Jgnlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dgn harapan akn mendpt pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yg diperolehi dgan menyebarkan & seterusnya beramal dgn hadis2 palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Sumber: mufti.islam.gov.my/terengganu
No comments:
Post a Comment