Saturday, July 9, 2011

Kaedah Fiqh : Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan


KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN


1. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira.
 

Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.

`Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin’


2. Kaedah Lain
a. `Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin’

b. `Yang yakin tidak dihilangkan dengan syak dan tidak boleh dihilangkan melainkan dengan yakin’

c. `Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai’

d. `Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambil kira dan yang yakin diamalkan terhadapnya’

e. `Syak tidak menghimpit yang yakin’


3. Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham


a. Yakin
• Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak
• Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara
• Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan
• Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin
• Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil.

b. Ghalabah al-Zann
• Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan
• Setengah ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin
• harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti.

c. Zann
• Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya
• Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zan.
• harus dibina hukum dan diterima.

d. Syak
• Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara i.e. keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat
• tidak diterima dalam hukum fiqh.

e. Waham
• Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh
• Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah
• Tidak diterima dalam hukum fiqh


4. Jenis syak
a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram
b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus
c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus


5. Sumber asal kaedah

a. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau’
b. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’


6. Kaedah Pecahan

a. `Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya’
• Wanita yang ditalak rajie, membuat pengakuan bahawa ia masih dalam keadaan suci dan iddah belum habis. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat..

• Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah. Di mana isteri membuat pengakuan suaminya tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan pakaian kepadanya. Pengakuan isteri itu yang diterima. Alasannya kerana asalnya nafkah tersebut adalah tanggungjawab suami dan ia belum diberikan.

b. `Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya’
• Seseorang mempunyai hak atau diberikan kebenaran menggunakan jalan di hadapan rumah orang lain semenjak dahulu kala, pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya.

• Seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada dalam tanah orang lain yang telah berlaku semenjak sekian lama. Tuan tanah tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui asal mulanya.

c. `Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab’
• Penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan : `Itulah 1 kesan luka yang saya cederakan awak’. Namun mangsa mengatakan : `Awak cederakan saya pada 2 tempat’. Pengakuan yg diterima ialah kata2 penjenayah kerana asalnya ia bebas drp tanggungjawab.

d. `Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan’
• Seorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Sekiranya ikrar dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman ikrarnya diterima. Jika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak diterima sebagai keputusan.

e. `Asal segala sesuatu itu tiada’
• Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada kerosakan, sedangkan penjual menafikannya. Diterima pengakuan penjual, kerana asalnya kecacatan pada barang dijual tiada.

f. `Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu, selagi tiada dalil menyalahinya’
• Seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada hidup atau mati. Harta pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar dari rumah dahulu, sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya.

g. `Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir’
• Seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung, kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Tidak berapa lama kemudian, bayi itu meninggal dunia. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak dikenakan tanggungjawab, kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain.

h. `Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya’
• Suatu ketika Rasulullah saw melihat para sahabat di Madinah bersusah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan bunga kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lantaran, Baginda menyarankan supaya mereka tidak perlu bersusah payah begitu. Namun ternyata jika bunga tamar tidak dikahwinkan menyebabkan buahnya kurang baik mutunya. Selepas peristiwa itu, Baginda menyerahkan urusan yang berkaitan keduniaan kepada umatnya.
HR Anas bin Malik : `Kamu lebih mengetahui dalam hal yang berkaitan dengan urusan keduniaanmu’

i. `Hukum asal dalam masalah seks adalah haram’
• Jika dinyatakan kepada seseorang lelaki bahawa di sebuah kampong tertentu terdapat seorang wanita yang haram dikahwininya, namun ia tidak mempastikan mana satu wanita yang dimaksudkan. Ia tidak mengahwini semua wanita yang tinggal di kampong itu sehingga ia dapat mempastikan mana satu wanita yang haram dikahwininya.

j. `Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki’
• Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang dibeli. Ia dikira melanggar sumpahnya jika ia memakan daging lembu tersebut. Namun jika meminum susunya tidak mengapa kerana daging merupakan makna hakiki dan susunya merupakan makna majazi.

k. `Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki, dipindahkan kepada pengertian majazi’
• Seseorang lelaki bersumpah tidak akan makan pokok durian. Menurut pengertian hakiki dia tidak akan makan batang dan dahannya. Namun pengertian hakiki tersebut sukar serta tidak dapat dilaksanakan. Waktu itu, berpindah perlaksanaannya kepada pengertian majazi, iaitu tidak akan makan buah durian.

l. `Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, dianggap ia belum melakukannya’
• Jika seseorang syak adakah ia meninggalkan salah satu rukun sewaktu sembahyang atau ibadat wajib lain. Hukumnya ia mestilah mengulangi apa yang disyaki atau dirasakan belum melakukannya.

m. `Sesiapa yakin melakukan sesuatu amalan, namun ragu2 tentang sedikit atau banyaknya, dikira yg sedikit. Kerana ia lebih meyakinkan’
• Seseorang suami syak sama ada ia telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau lebih. Ia hendaklah mengira yang paling sedikit


7. Kategori Hukum Asal dan Zahir


(A) `Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir’
a. Asal lebih kukuh secara pasti
b. Zahir lebih kukuh secara pasti
c. Asal lebih kukuh menurut pendapat yang lebih tepat
d. Zahirnya lebih kukuh daripada asal

(B) `Berlaku pertentangan di antara 2 asal’

a. seseorang yang meragui sedikit atau banyaknya darah kutu yang terkena pada pakaian sembahyangnya. Imam al-Haramain, ada 2 kemungkinan : asalnya terhindar dari najis dan asalnya juga najis dan darah seperti itu dimaafkan.

(C) `Berlaku pertentangan di antara 2 zahir’

a. seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh orang yang diikrarkan
• qaul jadid Imam Syafie : ikrar wanita diterima. Kerana zahirnya ia menunjukkan kebenaran antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui
• qaul qadim Imam Syafie : andainya pembuat pengakuan dan orang yang diakui menetap dalam satu daerah, hendaklah dibawa saksi. Kerana zahirnya ia bertentangan dengan zahir yang lain iaitu 2 orang yang tinggal dalam satu daerah sememangnya telah mengetahui keadaan diri masing2 serta mudah bagi keduanya membawa saksi,

Sumber: halaqah.net 

No comments:

Post a Comment