Saturday, July 9, 2011

Kaedah Fiqh : Segala Urusan Berdasarkan Niat


KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT


1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang.


Amalan2 yang dilakukan mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram.

Peristiwa Rukanah menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata  bermaksud : putus. Hadis Riwayat Yazid bin Rukanah :

`Sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya dengan lafaz al-Battata, iaitu putus. Dia pergi menemui Rasulullah saw dan bertanyakan masalah tersebut dengan berkata : Aku tidak inginkan begitu, katanya lagi : Aku maksudkan satu talak sahaja. Rasulullah saw bertanya : Demi Allah! Engkau maksudkan satu? Rukanah menjawab : Demi Allah! Aku maksudkan hanya satu. Beliau berkata : Baginda mengembalikan isterinya’


2. Hukum Furuq yang terbentuk daripada kaedah :


a. Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan merosakkannya, ia tidak dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia dihukum.

b. Seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan niat atau meyakini ia adalah haram, dikira haram. Contohnya, menyetubuhi isterinya dengan meyakini isterinya itu adalah wanita lain, ia dikira berzina.

c. Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan meyakini wanita tersebut adalah isterinya, ia tidak dikenakan hukuman hudud sebagaimana orang yang berzina berdasarkan niat dan maksudnya itu.

d. Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya.

e. Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya.


3. Sumber asal kaedah :


a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid’

b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu.

c. Hadis Umar al-Khattab : `Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambilkira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya’

d. Hadis Abu Hurairah : `Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya’

e. Hadis Abu Musa al-Asy`ari : Niat seseorang muslim lebih baik dari amalannya’

f. Hadis Uqbah bin Husayn : `Sesungguhnya Allah memasukkan 3 orang ke dalam syurga kerana satu anak panah’

g. Hadis Maimunah : `Sesiapa dari kalangan orang Islam yang berhutang (ia berniat untuk membayarkannya) Allah mengetahui yang ia berhasrat untuk melunaskannya, melainkan Allah akan lunaskan di dunia’.



4. Bidang Kaedah


a. Ibadat
Berwuduk, mandi wajib dan sunat, khuf, tayammum, solat, puasa, iktikaf, haji, umrah dll.

b. Akad dan Kontrak
Hukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman, jaminan, pindahan hutang, pelupusan hutang, pembatalan jualbeli, perwakilan, ikrar, rujuk, talak dll.

c. Qisas
Membezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja.

d. Segala amalan Taqarrub
Niat mendekatkan diri kepada Allah i.e. menyebarkan ilmu, mengajar, fatwa, menulis, menghukum, menegakkan kebenaran, berkaitan dengan kehakiman dan tugasnya.

e. Segala amalan harus bertujuan ibadat i.e. makan, minum, bekerja dan mencari nafkah, berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat.


5. Kaedah Pecahan


a. `Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, bererti berpaling daripada yang dimaksudkan’

b. `Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz khusus’

c. `Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya’

d. `Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah’

e. `Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat’

f. `Apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan’

g. `Segala akad yang mana maksudnya tidak membawa faedah tersebut’


6. Fungsi disyariatkan niat


a. Membezakan ibadat dengan adat
• Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan
• Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban

b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain
• Ibadat fardhu atau sunat
• Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat


7. Kategori Penyekutuan Niat


a. Menyekutukan Ibadat dengan Bukan Ibadat
menyembelih binatang dengan niat kerana Allah dan lainnya, batal penyembelihannya itu dan binatang sembelihan tidak halal dimakan

b. Menyekutukan Ibadat Fardu dengan Sunat
i. mendapat kedua-duanya
• sembahyang fardhu serta niat untuk mengajar orang lain
• niat mengerjakan haji dan menggabungkan umrah sunat atau wajib

ii. mendapat yang fardu
• niat mengerjakan haji wajib dan haji sunat, dapat haji wajib

iii. mendapat yang sunat
• menghulurkan wang dengan niat berzakat dan sedeka biasa, dapat sedekah sunat

iv. terbatal kesemuanya
• mendirikan sembahyang fardu dengan niat sembahyang fardu dan sunat, terbatal keduanya

b. Menyekutukan Ibadat Fardu dengan Fardu
Hukum asal terbatal keduanya. Imam al-Subky berkata ia tidak mendapat ganjaran pahala kecuali dalam ibadat haji dan umrah sahaja

c. Menyekutukan Ibadat Sunat dengan Sunat
Mendirikan sembahyang sunat duha dan qada’ atau ganti sunat sebelum subuh. Tidak dapat keduanya kerana penyekutuan.

d. Menyekutukan Niat dengan selain Ibadat
`Engkau adalah haram untukku, dengan berniat talak dan zihar’

i. boleh memilih antara kedua, mana yang dipilih itulah yang tercapai
ii. talak berdasarkan kekuatannya yang lebih berbanding zihar
iii. zihar kerana asalnya perkahwinan tetap berlaku


8. Syarat Niat
a. Islam
b. Mumaiyiz
c. Berakal atau waras


9. Menafikan Niat
a. Membatalkan iman
• berniat memutuskan iman, dikira murtad.

b. Memutuskan daripada ibadat
• Niat berhenti sembahyang ketika sedang sembahyang, batal sembahyang


10. Kedudukan Niat dalam ibadat – sama ada berada pada status rukun atau syarat


a. majoriti ulama mazhab al-syafie : rukun daripada ibadat
• alasan : ia berada atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu hendaklah berada atau seharusnya ada sebelum menunaikan ibadat, serta wajib ada syarat tersebut selagi perkara itu berlangsung

b. Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib : niat adalah syarat, bukan rukun
• Alasan : jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan tidak memadai satu niat tersebut sahaja, iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun tersebut.


Sumber: halaqah.net

No comments:

Post a Comment