Friday, December 3, 2010

Harap wanita diluar sana membaca luahan rasa seorang lelaki ini... MUST READ

Sumber: Email

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH
MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI
TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR
JEANS DAN LENGGING KETAT???

ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA
ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA
ADALAH WANITA...???

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia
merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum
kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai
iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana
sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin
menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda
(tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu
terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ
بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ
الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ
كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya
lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi
yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2)
Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang
lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka
ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau
syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan
demikian." (Riwayat Muslim)

Berikut adalah emailnya :-

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa
dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh
tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni
berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan
depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku
95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer
tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang
Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh,
sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau
bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk
penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah
keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar
pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah
melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada
perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar
pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak
ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang
sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau...
menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk
sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak
meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri
pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak
kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi
kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu
tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup
setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari
oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan
orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang
biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

PESANAN DARI ADMIN: Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti
kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang
kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-
baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan
sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang
mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh
masyarakat...
AKAN TETAPI apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang
membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat
kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahumeng hancurkan seorang hambaNya
maka ia akan menghilangkan rasa malunya, makajika telah dicabut
rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecualiia
membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka
jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya
kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau
tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah
rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya
maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat.
Maka dicabutlah keislaman darinya. ” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu.

Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang
sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka
melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan
sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan
mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh
terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam
orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka
kelak...amin

No comments:

Post a Comment