Wednesday, December 8, 2010

Pesanan Umar Al-Khattab

Sumber: Majalah Solusi


Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari Majalah Solusi isu 25 yang baru…rencana mengenai Mujahadah Melawan Nafsu..memang menarik isunya..Cuma saya hanya dapat kongsikan sedikit sahaja. Mari kita baca dan fahami pesanan Khalifah Islam yang ke-2 iaitu Saiyyidina Umar Al-Khattab.

Berikut adalah pesanan Umar Al-Khattab kepada ketua tentera Muslimin, Sa’ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota parsi:

Sesunggunya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-sama supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan kerana sesunggguhnya taqwa kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan.

Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Ketahuilah!
Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili kerajaan Allah s.w.t untuk menjagamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan.”

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang akhirmya mereka telah dikuasai oleh orang Kafir Majusi (Penyembah api).

Mohonlah daripada Allah Taala kemenangan ke atas nafsu-nafsumu, seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu.

Hari ini pesanan Sayyidina Umar itu dianggap sepi. Kita cuba menentang musuh Islam padahal sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka. Mereka mengikut nafsu, kita juga apa kurangnya. Belum terdengar lagi mana-mana pemimpin Islam yang begitu serius mengajak umatnya melawan hawa nafsu.

Tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam penjelajahan bentuk baru (Neokolonialisme) baik dari sudut budaya, politik, ekonomi nahupun geografi. Kita kalah dengan musuh zahir (Yahudi dan Nasrani) kerana kita terlebih dahulu dikalahkan oleh musuh batin iaitu hawa nafsu. Tegasnya, jihad melawan orang kafir tidak mungkin menjadi reality kecuali setelah jihad melawan hawa nafsu dilakukan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment