Saturday, October 23, 2010

KISAH MURID KU….

ZUN-NUN AL-MISRI ALBERT.

Terpegun, itu perasaan saya yang pertama.. sehinggalah seminggu sudah berada di sekolah itu, hati saya tertanya-tanya bagaimana ayahnya mendapat nama ini. Pada pertama kali saya mendengar, menulis dan menyebut namanya…hati  tidak sabar untuk berjumpa dengannya. saya tidak sangka berjumpa dengan nama yang begitu indah saya rasa di sekolah  ini.

Pertama kali melihatnya, hati saya senang dan merasakan ketenangan. Dia tidaklah comel sangat, tapi insyaallah saya berdoa agar wajahnya akan terus bersih dan bercahaya di simbah keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Kopiahnya lagi besar dari kepala dia hhehehehe. Oh ya dia baru berusia 8 tahun, berada di tahun 2. Dan pada minggu kedua, barulah saya mengetahui bahwa Zun-Nun tu anak kepada Cikgu Albert, salah seorang guru di sekolah saya jugak,..hehehe.

Saya bertanya padanya apakah maksud nama anaknya. Saya seolah-olah pernah mendengar nama ini sebelum ini tetapi saya tidak pasti kerana mungkin saya familiar nama Al-Misri. Cikgu Albert mengatakan bahawa nama tersebut adalah salah seorang daripada Great Ulama. Tetapi saya masih tidak berpuas hati, cuma saya diamkan diri dan tidak bertanya lagi. Bukan tidak pasti pada nama itu tetapi saya masih tertanya-tanya bagaimana saya langsung tidak mengetahui nama-nama ulama besar yang lain..Masya Allah..masih banyak yang saya perlu belajar dan gali lagi ilmu. Dan saya juga baru mengetahui masa itu bahawa Cikgu Albert adalah mualaf. Namun saya masih belum berani tuk bertanya lanjut bagaimana beliau menjadi muslim, Dan akhirnya pada 3 minggu yang lepas, saya tahu kisahnya bagaimana beliau menjadi muslim..SubhanaAllah..Allah Maha Pemberi rahmat..Dialah yang memasukkan hidayah ke dalam hati setiap hambaNya yang dikehendakiNya…

Okeh berbalik kepada nama Zun-Nun Al-Misri, Saya telah mencari infonya melalui internet..akhirnya barulah saya mengetahui beliau adalah seorang sufi yang dilahirkan pada tahun Ke-3 Hijrah..malu jugak kerana Cikgu Albert yang baru mualaf pada tahun 2001 boleh mengetahui sufi-sufi Islam ni berbanding saya. Indahnya kisah Zun-Nun Al-Misri ini..di bawah ni saya ada sertakan kisahnya..semoga adik kecil Zun-Nun Al-Misri akan menjadi orang besar dalam agama nanti..mungkin itu yang ayahnya rasakan semasa menamakan anaknya ini sama dengan nama Great Sufi ini…InsyaaAllah…


KISAH ZUN-NUN AL-MISRI

Seorang pemuda mendatangi Zun-Nun dan bertanya,

"Guru, saya tak mengerti mengapa orang seperti Anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana.

Bukankah di masa seperti ini berpakaian sebaik-baiknya amat perlu, bukan hanya untuk penampilan melainkan juga untuk banyak tujuan lain." Sang sufi hanya tersenyum.

Ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata, "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku.

Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas?.

" Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu, "Satu keping emas?”

“Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual seharga itu."

"Cubalah dulu, sahabat muda. Siapa tahu kamu berjaya”.

Pemuda itu pun bergegas ke pasar.

Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya.

Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak.

Tentu saja,pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan melapor.

 "Guru, tak seorang pun berani menawar lebih dari satu keping perak”.

Zun-Nun, sambil tetap tersenyum arif, berkata, "Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini”.

Cuba perlihatkan kepada pemilik kedai atau tukang emas di sana. Jangan buka harga, dengarkan saja bagaimana ia memberikan penilaian.

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain.

Ia kemudian melapor,

 "Guru, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini.

Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar."

 Zun-Nun tersenyum simpul sambil berujar lirih,

"Itulah jawaban atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak bisa dinilai dari pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian.

Namun tidak bagi "pedagang emas". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu memerlukan proses, Wahai sahabat mudaku, Kita tak bisa menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas”.

Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas.


Kisah Zun-Nun Al-Misri 2

Taubat Para Wali 

Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah. Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau

menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu. “Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.



Hellooo...lamanyerrr rasa tak masuk blog

Salam...

Minggu lepas balik rumah tapi tak sempat le nak update blog...busy siapkan soalan untuk semester akhir tahun ni. letih gak siapkan kertas soalan Pendididkan Islam dari tahun 1 sehinggalah 6. Apatah lagi kena adjust banyak dari nak soalan...kena menepati aras dan tahap kemampuan mereka.

Mmm...Ada ketikanya pendirian saya goyah jugak bila berada di Gana. Apatah lagi semasa 3 minggu yang lepas demam saya tak kebah-kebah lagi, hampir dua minggu lebih suara tak best…paham-paham jer lah maksud saya suara tak best..bila rasa dah okeh ckit datang balik..aduh, seksanye batuk batuk ni..sakit dada, gatal tekakkk. Rasa macam nak turun je kat bawah. Malam dan pagi memang sejuk…rasa badan pun tak boleh nak tampung or terima keadaan macam tu..tak pernah lagi demam melarat berminggu. Malam pun tak tahu nak buat apa. Tapi Alhamdulillah saya masih boleh bersabar dan akan boleh bertahan. Bergaul dengan rakan setugas, bertukar pendapat, berbeza pendapat..saya dah boleh menerima dan memahami keadaaan dalam kerjaya guru ini. 

Memang cabaran jugak mengajar di pedalaman ini..apatah lagi saya seorang perempuan. Tiga minggu lepas semasa saya balik ke gana, dari bawah pukul 330 bertolak. Sampai di pakej 4 kenaikan pertama kami panggil tangga dunia kerana jalan tu memang teruk, dah sangkut masa tu dah dalam pukul 5 lebih…ada jugak double cab sangkut…Berjaya jugak kami melepasi halangan tersebut Cuma bila sampai dekat rumah putih ckit lagi nak sampai Gana, terus jamm keta cikgu ni…saya tak faham sangat apakah puncanya kerosakan kereta kami tu..huhuhu…masa tu dah pukul 8 malam. Akhirnya kami menunggu di kaki jalan tu sehingga pukul 9 suku malam. Barulah sampai Mr Martin amik kitaoraang..sempat lagi makan minum dan tidur dan bergossip kat keta tu..tapi memang lapar gila…sejuk gerimis lagi dah lah sebelum tu dah hujan lebat..kami sampai di sekolah dah pukul 10 malam. Laporan program orientasi guru yang baru saya siapkan hancur lunyai kena tempias hujan lebat tu. Nampaknya saya print lagi kat printer cikgu lain..aduh memang menguji kesabaran hati jugak.…

Wednesday, October 20, 2010

Luahan Koko Widget (Untuk Sidebar)

Nice widget. Saya dah try, ada kat panel sebelah kanan, bawah "Blog archieve".

Macam2 "perasaan" ada, blh tukar ikut kesesuaian keadaan.

Cara "install" senang je. Sila klik link bawah ni utk code dan cara install.

wimod.seniaku.com/2010/10/luahan-koko-widget.html

Tuesday, October 12, 2010

Mayat Gemuk Terlalu Ringan, Mayat Kurus Terlalu Berat

Diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim

ADA dua kisah yang ingin saya ceritakan di sini tapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pertama, kisah mayat orang gemuk tetapi jenazahnya terlalu ringan dan kedua, mayat orang kurus tetapi jenazahnya terlalu berat.

Peistiwa pertama berlaku kira-kira 12 atau 13 tahun yang lalu masa saya baru beberapa tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Allahyarham yang saya uruskan itu masa hidupnya berpenyakit mental. Usianya dalam 30-an dan tingginya lebih kurang macam saya.

Badannya pula tegap dan gemuk. jadi kalau hendak dikira pada akal, mayatnya nanti tentulah berat. Macam biasa, apabila diberitahu ada mayat tak berwaris di Hospital Klang saya pun pergi ke sana dengan beberapa orang pembantu untuk menguruskannya. Apabila sampai di hospital, saya terus pergi ke bilik mayat dan ambil mayat berkenaan.

Kasihan, Allahyarham yang hendak saya uruskan itu meninggal dunia akibat digilis kereta api. Apabila dibuka kain yang menutup tubuh Allahyarham, saya tengok keadaannya amat memilukan. Tubuhnya penuh dengan luka-luka dan kesan jahitan. Ada beberapa bahagian badannya juga putus-putus tapi doktor telah sambungkan semula. Memang dahsyat kecederaan yang dialaminya.

Semasa mandi dan kapankan tidak ada sebarang keanehan berlaku. Tapi Allah itu Maha Besar. Bermula kita angkat jenazah dengan pengusung dari kereta jenazah ke kuburnya hinggalah ke saat dia dimasukkan ke liang lahad, berlakulah beberapa kejadian yang amat menginsafkan.

Jarak dari kereta jenazah ke kubur Allahyarham lebih kurang 30 meter. Bila sampai ke kawasan perkuburan, kami angkat keranda Allahyarham ini menuju ke kuburnya yang telah kami siapkan. Saya angkat di bahagian belakang.

Bermula di sini, peistiwa pertama berlaku. Maha Suci Allah, tiba-tiba saya dapati jenazah yang bertubuh gemuk itu menjadi amat ringan. Kenapa ni? tanya saya di dalam hati. Saya ingatkan kami angkat tak betul, tak serentak, jadi saya cepat-cepat beritahu tiga lagi kawan saya itu supaya angkat betul-betul.

Saya kata pada mereka, "Angkat...peganglah betul-betul, nanti jatuh mayat ni. Ringan sangat ni...peganglah."

"Yalah ustaz, kami angkatlah ni," kata salah seorang daripada mereka. Rupanya saya tersalah sangka. Sebenarnya bukan kami yang tersilap angkat, tapi itu adalah petunjuk kebesaran Allah. Yang ada di depan kami ketika itu adalah salah satu tanda kebesaran-Nya.

Sepanjang 30 meter mengangkat jenazah itu dari kereta mayat ke kuburnya tugas itu terasa amat mudah dan menyeronokkan. jenazah itu kami rasakan terlalu ringan. Ringannya itu ibarat daun kering yang diletakkan di atas bahu. Tak rasa apa-apa pun, bahkan saya rasa macam ada orang lain yang turut sama bantu mengangkat mayat itu, sokong ia daripada bawah.

Mayat itu seolah-olah diapungkan. Bukan saya saja yang dapat rasakan kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham itu, malah kawan-kawan yang lain pun turut dapat merasakannya.
Insan yang baik akan sentiasa dilindungi dan dirahmatkan Allah.

Apabila sampai ke kubur, berlaku satu lagi kejadian aneh, yang amat menyentuh perasaan saya. Mula-mula itu kawan saya, Pak Anjang Aki, berada di dalam kubur sementara saya di atas.

Sedang saya sibuk buat kerja di atas kubur, tiba-tiba Pak Anjang Aki memanggil saya, "Haron! Turun cepat Ron."

"Kenapa pula?" kata saya terkejut.

"Wangilah kubur ni. Kalau engkau nak kebumikan aku sekali dengan mayat ni pun tak apa. Aku tak mahu naik, kebumikanlah aku sekali dalam kubur ni," katanya serius.

Terkejut juga saya dengan kata-kata Pak Anjang Aki itu. Untuk memastikan kebenaran kata-katanya, saya turun ke dalam kubur berkenaan. Maha Suci Allah, memang benar kata Pak Anjang Aki itu. Kubur tersebut memang wangi.

Wanginya itu tak tau nak saya kata macam mana. Sangat harum. Saya tak dapat nak kata bau apa, tapi satu jenis bauan yang amat wangi. Nak kata tanjung ke, cempaka ke, saya tak dapat nak kata bau apa.

Dalam masa sibuk nak uruskan jenazah dan ketika hati saya tertanya-tanya dengan keistimewaan yang Allah berikan kepada jenazah itu, tiba-tiba saya terpandang ada dua lubang pada dinding kubur berkenaan. Bentuknya seperti lubang aircond. Bagi saya yang baru beberapa tahun menguruskan jenazah dan kali pertama menyaksikan kejadian seumpama itu, mulanya saya sangkakan lubang itu biasa saja. Tak ada yang istimewa.

Tapi tidak bagi Pak Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman. Menurutnya, lubang itu bukan lubang biasa kerana dari kedua-dua lubang itulah keluarnya bau wangi yang kami sama-sama hidu. Begitulah kehebatan Allah.

Bagi saya pengalaman ini cukup menarik. Ia mengingatkan saya bahawa benarlah seperti yang disebutkan di dalam hadis iaitu kubur adalah taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman) dan kubur juga adalah lubang-lubang neraka (bagi yang ingkar). Itulah agaknya taman syurga yang bakal dihuni oleh Allahyarham tadi.

Kejadian-kejadian seperti ini semasa kita uruskan, kebumikan, tak perasan sangat tapi apabila sudah lama baru dapat macam satu penjelasan kenapa mayat itu ringan. Pada pendapat saya, salah satunya mungkin sebab Allahyarham itu pesakit mental, jadi apa yang dia buat gugur dari segi syarak. Dan mungkin juga ada orang menganiayanya. Maka memang layaklah dia mendapat keistimewaan seperti itu.

Pengalaman tersebut cukup berbeza dengan pengalaman yang saya lalui beberapa tahun selepas itu.

Pengalaman kedua yang ingin saya ceritakan ialah menguruskan satu jenazah seorang tua, umurnya dalam lingkungan 50-an, badannya kurus tapi masya-Allah...jenazahnya cukup berat.

Mayat ini kurus macam papan. Seperti pengalaman yang pertama tadi, tidak ada sebarang keanehan berlaku ketika kami memandi dan mengapan jenazahnya. Tapi apabila hendak diangkat dari kereta jenazah ke kubur, berlakulah peristiwa yang cukup mengharukan. Satu lagi petanda Allah tunjukkan kepada kami. Mayat kurus yang kami angkat itu tiba-tiba saja menjadi teramat berat.

Seorang kawan yang sama-sama mengangkat keranda itu bertanya pada saya, "Engkau tak angkat ke keranda ni Haron? Angkatlah sama ... berat sangat ni."

Saya pun sangka macam itu. Saya ingat dia yang tak angkat mayat tu. Empat orang angkat, tak kanlah susah sangat nak angkat mayat yang kurus macam papan ni.

Perjalanan sejauh beberapa puluh meter menuju ke kubur itu kami rasa cukup menyeksakan. Jenazah itu seolah-olah ditekan dari atas sampaikan bahu saya terasa amat sakit. Sama ada berat mayat atau malaikat yang tekan, wallahuaklam. Akibat terlalu berat itu, saya terjelepok ke tanah dan seluar saya, di bahagian paha koyak terkena batu. Tapi nasib baiklah saya dapat tahan keranda itu, kalau tidak tentu mayat tersebut jatuh ke tanah.

Bukanlah tujuan saya nak mencaci Allahyarham, tapi sekadar nak mengingatkan kita yang masih hidup ini. Bagi saya, mayat tadi adalah petunjuk daripada Allah tentang hukuman bagi orang yang ingkar kepada-Nya.

Pada zahir, memang jenazah itu layak menjadi berat. Semoga kesalahan Allahyarham diampunkan Allah.

Untuk pengetahuan pembaca, daripada laporan yang kami terima, Allahyarham ini matinya di tempat pelacuran. Nauzubillah. Teman-temannya pun pelacur.

Sama ada dia meninggal dunia ketika sedang melanggan pelacur atau tidak, wallahuaklam. Yang laporkan dia meninggal di situ pun adalah orang yang berada di kawasan pelacuran itu juga. Jadi tidak hairanlah kalau Allah hukum dia seperti itu.

Selepas kejadian tersebut saya simpan seluar itu. Isteri saya pun hairan tengok saya simpan seluar koyak. Tapi saya beritahu dia, seluar koyak itu amat bermakna dalam hidup saya. Ia memberikan banyak iktibar. Ada pengalaman yang cukup menginsafkan pada seluar koyak itu.

Tapi sekarang seluar itu sudah tidak ada lagi. Ke mana perginya saya pun tak tahu.

Dua pengalaman tersebut amat memberi kesan dalam hidup saya. Macam itulah kehidupan kita di dunia ini. Ada orang hidupnya beriman tapi matinya pula dalam keadaan tak beriman. Ada pula orang yang hidupnya kafir tapi matinya Islam. Ada orang hidupnya Islam tapi matinya kafir. Ada pula orang masa tengah nazak dia bertaubat dan Allah ampunkan. Begitulah seterusnya.

Semoga kita mati dalam husnul khaimah dan kubur kita kelak Allah jadikan sebagai taman syurga.

Sumber: Mastika

Ciri-ciri wanita yang paling baik


Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki.


Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berehat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
3. Jiwa suami tenang sambil merehatkan minda dan tenaga.
4. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
5. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
6. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

  

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu

   
Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan.

Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyambut kepulangan suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sibuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.


Saturday, October 2, 2010

Trivia..jom jawab kuizzzzzzz..

Okeh..jom kita fikir-fikirkan jawapannyerrr..

1). Siapakah isteri Rasulullah s.a.a yang mana Allah sampaikan salam kepadanya melalui Jibrail a.s yang kemudiannya disampaikan menerusi Rasulullah?

2). Apakah surah-surah yang dinamakan denagn nama malaikat?

3). Apa keistimewaan nombor 63?

4). Berapa orangkah yang mengiktiraf Nabi Noh sebagai nabi?

5). apakah perang yang tercetus selepas pembukaan Makkah?

6). Berpandukan Al-Qur'an, namakan seorang anak yang beriman yang memiliki ayah yang tidak beriman?

7). Siapakah lelaki pertama yang dipotong tangan akibat mencuri pada zaman Rasulullah s.a.w?

8). Apakah perkara yang diharamkan secara berperingkat?

Jom cari jawapannya..next week kita jumpa yer...

Sumber: Majalah Solusi Isu 22

Salam pedalaman

Minggu ini minggu yang paling sibuk bagi saya...balik ke sekolah ahad lepas, turun jumaat semalam. Jumaat pas sekolah je semua dah nak berkejar balik,balik awal la. tapi kalo jalan teruk memang konvoi la semuanya..

Seminggu ni jugak demam..agaknya perubahan cuaca,kat bawah ni sejuk bila naik sekolah kat atas plak sejuk..suara pun tak kedengaran dah,nak bercakap pun segan..

Mm..saya kata busy minggu ni sebabnya nak kena siapkan banyak perkara, dari laporan Minggu program Orientasi Guru Baru, SKT lah, dan P & P lagi yang merupakan tanggungjawab guru.. Aduh..agak penatlah jugak..namun begitu sebenarnya rasa seronok sebab tak perlu fikir hal lain hanya nak kejar masa tu je..sedar tak sedar dah sampai hari Jumaat.

Turun plak nak kena pi Pekan KM plak nak settlekan perkara kat post Office kemudian nak ke PPD lagi..sampai rumah dah petang sangat...bersihkan diri solat terus landing ler...