Monday, August 29, 2011

Tentang rezeki

Nak berkongsi satu kejadian yang berlaku semasa berbuka puasa baru-baru ini dengan ahli keluarga..

Dah berkumpul semua nak berbuka dah ni, dah baca doa dah minum, jadi saya teringin sangat nak makan buah mangga manis yang dah dikopak oleh mak. So, dah amik lah ni baru nganga mulut dan hanya nak masukkan je...dengan takdir tuhan tetiba buuah mangga yang dah dihiris nipis tu terlepas dari genggaman tangan..dan disaksikan dengan ahli keluarga yang lain dan serentak masa itu juga saya teringat kata-kata abang kandung walaupun makanan yang nak disuap pun boleh terlepas apatah lagi rezeki di depan mata pun boleh hilang. Masa itu juga terdetik di hati sungguh Allah Maha Mengetahui dan telah pun membahagi-bahagikan rezeki seadilnya pada setiap hambaNya. Sungguh rezeki adalah aturan Allah, rezeki datang dengan macam-macam cara dan hala.

Walaubagaimanapun, sebagai hambaNya..kita sentiasa perlu berusaha dan berikhtiar serta sentiasa memohon keredhaan dariNya. Setelah itu barulah diiringi dengan doa sepenuh harapan padaNya. Solat Dhuha pun perlu sebenarnya kita hidupkan, dan hayati dan amalkan setiap hari..ayat dalam doa dhuhha sangat indah..jika rezekiku berada di langit turunkanlah, jika rezekiku berada di dalam bumi maka keluarkanlah...Rezeki ini sebenarnya ada pelbagai jenis..

So, kembalilah kita kepadaNya, apa yang kita miliki adalah TIADA. Apa yang kita ada datang dariNya dan kita hanyalah penjaga amanah....

Wallahualam.

Sunday, August 28, 2011

Mutiara pertama

Salam...

Sungguh lamanya saya tidak menghadirkan diri..tuntutan masa serta kekangan keadaan faktor menjadi halangan. Kalau balik rumah hujung minggu dah keletihan,banyak masa untuk berehat je. Ada masa bawa kerja-kerja sekolah pun tak tersiap gamaknya. So kena settlekan dulu kat sekolah baru lah boleh turun dengan senang hati.

Wah..abang dah boleh jadi ustaz ni...hhehehe InsyaAllah abang akan selalu dirahmati Allah..Amiin..teruskan lah berkongsi ilmu bersama orang lain..walaupun hanya sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan..satu kebaikan akan menyebabkan pelbagai lagi cabang-cabang hikmah yang diperoleh. Sedangkan yang sekecil zarah pun dihitung oleh Allah, apatah lagi yang berlipat ganda kan. Semuanya akan dihitung, sedangkan yang halal pun dihisab olehNya. Masa yang ada boleh dimanafaatkan dengan baik, teringat saya pada satu surah..tak ingat dah apa nama surah tu (saya insan yang lemah yang tidak memiliki kekuatan yang kukuh melainkanNya), ada menyebut dalam satu ayat ....."janganlah kamu mensia-siakan masa, sedangkan setiap detik waktu itu akan diperjawabkan di hadapanNya"...(nanti saya cuba selak balik quran terjemahan surah yang mana satu).

Tapi kena ingat selalu jugak, we have to be a grateful person..always..anytime dan dimana jua kita berada. Kerana atas rahmatNya dan kasih serta belas ihsanNya lah kita hidup di bumiNya ini, menghirup udara, dan darah yang mengalir dalam badan kita semuanya atas kehendak Allah Taala..

Alhamdulillah, dapat jua saya berada di hadapan laptop ini dengan keadaan yang sihat..syukur alhamdulillah. Ramadhan telah pun tiba di penghujungnya..hanya tinggal sehari lagi untuk kita menunaikan ibadah puasa ini yang merupakan salah satu rukun Islam ini. Mudah-mudahan ada sinar ramadhan untuk kita semua pada tahun hadapan..semoga ramadhan tahun ini memberi satu anjakan dalam keseluruhan kehidupan kita..

InsyaAllah....


Friday, August 26, 2011

Asal-usul Sifat 20?

Persoalan ini merupakan satu persoalan yang tidak mungkin dapat dibincangkan diforum ini. Ia merupakan suatu polemik yang telah lama dibicarakan.

Asal usul pembelajaran sifat 20 ini diasaskan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dikatakan telah menetapkan tujuh (7) sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, wajah Allah, tangan Allah, kursi Allah dan lain-lain.

Dan yang kemudian diperluaskan oleh Syeikh Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat. Didalamnya termasuklan penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat.

Pendekatan Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dilakukan pada masa suasana ilmu2 dikuasai oleh para ahli falsafah. Maka kita dapat lihat ilmu2 tauhid juga disampaikan pada masa itu dengan cara yang agak berfalsafah.

Tujuan asas pembelajaran sifat 20 adalah untuk umat Islam ini bertauhidkan Allah swt. Begitulah natijah pembelajaran ilmu Aqidah; mempelajari ertikata kalimah syahadah yang sebenarnya. Gagal memahami dan menghayati ilmu tauhid ini, maka rosaklah aqidah seseorang.

Kini gerakan sunnah wal Jamaah telah mempopularkan kembali cara golongan Salaf mempelajari Tauhid, iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa Sifat. Kaedah ini juga merupakan cara mengajar umat Islam bagaimana mentauhidkan Allah swt. Bezanya ; ia lebih mudah dipelajari. Dr Asri Zainul Abidin didalam membentang sebuah kertas Kerja di Seminar Bahaya Islam Liberal, memberi ringkasan mengenai metod ini didalam kenyataan beliau :-

"Al-Quran menyeru agar ditauhidkan Allah dan mengakuinya hanya Dialah pencipta. Inilah yang kita namakan dengan Tauhid al-Rububiah. Ianya hendaklah disempurnakan dengan Tauhid al-Uluhiyyah yang memutlakkan ibadah dan tauhid kepadanya. Ini menuntut antaranya agar kita ;

i. Mengikhlaskan cinta kepada Allah.
ii Hanya berdo'a, bertawakkal dan berharap jepadaNya dalam perkara2 yang hanya dia mampu melakukannya.
iii. Hanya takut yang mutlak kepada Nya.
iv. Untuk Allah sahaja seluruh ibadah."

Saturday, August 20, 2011

News - New Masjidil Haram Expansion (Nearly 3 times the size of the current one)





JEDDAH: Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah arrived in Makkah on Wednesday night to spend the remaining days of Ramadan in the vicinity of the Grand Mosque and lay the foundation stone for the largest Haram expansion project in history.

Muhammad Al-Khozaim, vice president of PTHM, said the new expansion to be launched by King Abdullah on Friday would increase the Grand Mosque's capacity by nearly 1.2 million worshippers. The new project covers 400,000 square meters in the northwest and northeast of the mosque. Real estate properties appropriated for the project are valued at more than SR40 billion.

King Abdullah ordered the new expansion to accommodate the increasing number of pilgrims who come from different parts of the world. During the peak days of Ramadan, thousands of worshippers stand in the courtyards and streets around the mosque for taraweeh and qiyamullail prayers.

Wednesday, August 17, 2011

He is the Most Gracious, the Most Merciful (Must Read Till End)


Must Read Till End

Wallahu taa'la a'lam.


Sunday, August 14, 2011

Hitam di Dahi Perlu Diwaspadai

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (QS al Fath:29).

Banyak orang yang salah paham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam karena sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat dari Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyuan.

Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah shalat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut.
Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

Sambutan Maulidur Rasul itu Bidaah? (Hujah yg Menentang dan Menyokong)


SEJARAH RINGKAS


Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu. Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID