Wednesday, July 20, 2011

100 HADIS DHA’IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT

مـئة من الأحاديث
المشتهرة على الألسنة

100 HADIS DHA’IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT

إعداد :
الشيخ إحسان بن محمد بن عايش العتيبي
(من تلاميذ الشيخ الألباني رحمه الله)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد:

Inilah koleksi 100 Hadis Dha’if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin ‘Ayis al-Utaibi. Telah selesai usaha penterjemahan ke Bahasa Melayu pada 9/3/2003.

Penterjemahan koleksi 100 hadis dha’if dan palsu ini telah dilaksanakan secara bertahap-tahap di diskusi al-ahkam.net. Perbincangan mengenainya boleh dibaca di sini:

Tujuan penterjemahan Koleksi 100 Hadis Dha’if dan Palsu ini adalah untuk mendidik diri kita sendiri agar berhati-hati terhadap periwayatan Hadis Dha’if dan Palsu. Di samping itu ia juga akan cuba disebarkan kepada orang ramai melalui media internet, samada melalui web, forum, senarai mel atau sbgnya. Tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat serta memberi peringatan kepada mereka tentang mara bahaya Hadis Dha’if dan Palsu. Agar mereka dapat menjauhkan diri dari meriwayatkannya dan mengamalkannya.

Usaha penterjemahan ini juga adalah atas dorongan dan galakan dari semua ahli diskusi al-ahkam.net.

Kredit kepada semua ahli diskusi dan para moderator al-ahkam online.

Terjemahan Hadis no 1 hingga 56 telah dilakukan oleh saya dengan segala kekurangan dan kelemahan.

Manakala Hadis 57, 58, 59 dan 60 telah diterjemahkan oleh al-Ustaz Pendekar.

Dan, Hadis 61 hingga 100 telah diterjemah oleh saya dan juga ustaz Khairul Abrar.

Apa yang diharapkan ialah, para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat ke atas para penterjemahnya, penyusun asalnya dan kepada semua yang terbabit.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Penterjemah:
zain y.s

http://al-ahkam.com.my

مـئة من الأحاديث المشتهرة على الألسنة
إعداد : الشيخ إحسان بن محمد بن عايش العتيبي
(من تلاميذ الشيخ الألباني رحمه الله)

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد:
فهذه (100) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف .

Ini adalah 100 buah hadis Dha’if dan Maudhu’ yg tersebar luas di kalangan khatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha’if.

1- ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر، لم يزدد من الله إلا بعداً)). وفي لفظ: ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر ، فلا صلاة له)). قال الذهبي : قال ابن الجنيد: كذب وزور. قال الحافظ العراقي: حديث إسناده لين، قال الألباني : باطل لا يصح من قبل إسناده ولا من جهة متنه. “ميزان الاعتدال” (3/293) . “نخريج الإحياء” (1/143) . “السلسلة الضعيفة” (2 ، 985).

Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)

Saturday, July 9, 2011

Kaedah Fiqh : Kesukaran Diiringi Kemudahan


Kaedah Fiqh : Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan


KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN


1. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira.
 

Kaedah Fiqh : Segala Urusan Berdasarkan Niat


KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT


1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang.


Amalan2 yang dilakukan mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram.

Peristiwa Rukanah menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata  bermaksud : putus. Hadis Riwayat Yazid bin Rukanah :