duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.
Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta
peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh
gaya , seorang polisi datang ke arah saya.
"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang
terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu
tersenyum sambil berkata:
" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..
"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.
Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang
banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan,
bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang
tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa
mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".
"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias
kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta
kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung
dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta.
Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki
dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung
ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka
yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya
dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.
Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka
menghias kereta dengan anak patung nih".
"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati
penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa
minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara
mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,
ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.
Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".
kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah
pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus
perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak.
Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan
kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya
Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh
lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk
kat rumah aje.
Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!
-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yang
tersayang
No comments:
Post a Comment