Saturday, October 23, 2010

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,  Apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, Sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa

henti.

8) AMIN .Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul

Iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;  Bagi Perkara diatas , tuan / puan / cik / En. yang dirahmati Allah s.w.t diminta untuk bertanya dengan pakar atau ustaz/ ustzah yang mengajar pengajian Al Quran di surau atau masjid.....bukan menjadi bualan di kedai kopi atau modal perbualan.................

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

No comments:

Post a Comment