Saturday, October 23, 2010

PENGAJARAN DARI SATU PENAMPAR

Jom..share knowlegde...

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan tiga pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak iamam: Saya hamba Allah dan dengan IzinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin?Profesor dan banyak lagi orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya,Insya Allah

Pemuda: Saya ada tiga pertanyaan . Yang pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya? Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?

Dengan spontan Pak imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan kuat.

Pemuda: (Sambil menahan sakit) kenapa Pak imam marah kepada saya?

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih!

Pak imam: Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Pak imam: Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh lah Pak imam…

Pak imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu yang saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak!

Pak imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak!

Pak imam: Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda: Kulit dan daging

Pak imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih!

Pak imam: Itulah jawapan yang ketiga, walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk sayitan.walaupun sama unsur asalnya.

No comments:

Post a Comment