Saturday, September 10, 2011
Solat Rawatib Ghairu Mu'akkad
6) SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD
Berkaitan solat Rawatib Qabliyah Asar, Maghrib dan Isyak maka ianya termasuk dalam solat sunat yang tidak mu’akkad. Maka mengerjakannya termasuklah amalan-amalan sunat yang terpuji. Dalil disyariatkan solat-solat tersebut adalah keumuman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.
Maksudnya:
Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) – baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no 624.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:24 AM
Solat Rawatib untuk Solat Jumaat
5) SOLAT RAWATIB UNTUK SOLAT JUMAAT
Berkaitan dengan solat rawatib ketika solat Jumaat penulis akan membahagikan perbincangan kepada empat topik besar iaitu:
i. Mendirikan Solat Sunat Mutlak.
ii. Azan untuk solat Jumaat hanya sekali.
iii. Adakah disyari’atkan Solat Qabliyah Jumaat?
iv. Solat Ba’diyah Jumaat.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:23 AM
Solat Rawatib Isyak
4) SOLAT RAWATIB ISYAK
v Dalil Disyari’atkan
Solat Ba’diyah Isyak ini merupakan sebahagian dari solat Rawatib yang mu’akkad. Daripada Ibnu ‘Umar, dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1180.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:21 AM
Solat Rawatib Maghrib
3) SOLAT RAWATIB MAGHRIB
v Dalil Disyari’atkan
Solat Ba’diyah Maghrib adalah termasuk dalam kategori solat sunat Rawatib yang mu’akkad. Dalilnya adalah seperti riwayat di bawah:
فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ
ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ.
Maksudnya:
Lalu dia (‘Aisyah radhiallahu’ anha) berkata adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersolat di rumahku sebelum Zuhur empat rakaat, kemudian baginda keluar lalu bersolat (Zuhur) bersama orang ramai, kemudian baginda masuk ke rumahku dan bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Maghrib dengan orang ramai, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat dua rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:21 AM
Solat Rawatib Zuhur
2) SOLAT RAWATIB ZUHUR
v Dalil Disyari’atkan
Solat Rawatib Zuhur adalah termasuk dalam kategori solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali jika baginda sedang bermusafir. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa Solat Qabliyah dan Ba’diyah Zuhur ini termasuk dalam sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Di antaranya adalah sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin Syaqiq, dia berkata: Saya pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat tathawwu’ Rasulullah, lalu ‘Aisyah menjawab:
كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
Rasulullah solat empat rakaat sebelum Zuhur di rumahnya lalu baginda solat (Zuhur) bersama orang ramai dan setelah itu baginda solat dua rakaat. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:20 AM
Solat Rawatib Subuh
1) SOLAT RAWATIB SUBUH
v Dalil Disyariatkan
Solat Qabliyah Subuh ini merupakan salah satu dari solat sunat yang amat dititik beratkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam malah diriwayatkan bahawa baginda tidak pernah meninggalkannya. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha dia berkata:
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ صَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ
وَرَكْعَتَيْنِ جَالِسًا وَرَكْعَتَيْنِ بَيْنَ النِّدَاءَيْنِ وَلَمْ يَكُنْ يَدَعْهُمَا أَبَدًا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat dengan duduk serta dua rakaat di antara dua seruan (yakni azan dan iqamah untuk solat subuh). Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan ke dua rakaat tersebut (yakni solat qabliyah subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1159.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:18 AM
Solat Sunat Rawatib
Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali sebagai solat Ba’diyah.
Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.
Solat Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.
Hasil nukilan
Gjoykamitake
pada
9:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)